Pemakaian safety harness masih mengundang pandangan skeptikal dalam kalangan masyarakat Malaysia yang tidak faham tentang kepentingannya.
Menerusi luahan Nazza Hamat di Facebook, dia kecewa apabila langkah keselamatan yang diambil untuk keselamatan anaknya dipandang serong segelintir pihak. Ceritanya, ada juga yang bersikap kurang ajar apabila ada individu beranggapan tindakannya menggunakan tali keselamatan kepada anak adalah seperti mengikat haiwan. Ujar wanita ini, pengalaman kehilangan anak sebanyak dua kali sebelum ini cukup mematangkannya.
Namun dia kesal dengan sikap masyakarat yang masih tidak cakna dan perhatian mengenai kisah kehilangan anak di tempat awam sebelum ini. “Cukuplah anak saya dah dua kali hilang. Tak sanggup dah nak lalu benda yang sama, mahu jadi gila saya nanti. “Tak tahulah kan masyarakat kita ni, payah sangat nak ambil iktibar daripada pengalaman orang lain. Dah ramai kut yang share pengalaman anak hilang, pemikiran kuno sangat. Cuba open minded sikit,” ujarnya lagi. Jelas Nazza lagi dia lebih sanggup menggunakan safety harness berbanding berhadapan dengan situasi kehilangan anak. Malah, dia turut mempersoalkan pandangan jelik masyarakat terhadap penggunaan safety harness sedangkan negara barat dikata sudah mewajibkannya. Posting asal ini menjadi tular pada 2017 dan kini kembali menjadi viral setelah dikongsikan semula oleh warga maya di media sosial. Rata-rata netizen menyokong langkah diambil oleh wanita tersebut dalam memastikan keselamatan anaknya lebih terjamin. Sumber: mStar
|
Adrif replied at 28-8-2022 09:16 PM
adik beradik kami ramai, dulu kalau pegi mall ke, pegi event, tempat ramai orang pun, tak pernah pul ...
ketambangkang replied at 28-8-2022 10:03 AM
kau je yg buruk sangka, ntah2 org tu pandang dengan pandangan biase je...bab yg lelaki gelak sambil ...
heythere123 replied at 18-6-2023 05:14 PM
netizen ni dekat social media je bising. Kalau real life, no one cares pon.
Lagipon pakai sebab na ...
aciksenah replied at 19-6-2023 03:38 PM
Ni jenis yang cakap belakang je berani. Awat tak tegur depan2 kan. Semua benda semua tak kena.
ADVERTISEMENT