CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tumpang Bilik Main Game Je' - Alasan 2 Wanita Dicekup Khalwat

27-8-2022 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1882| Komen: 10

Dua wanita memberi alasan hanya menumpang sekejap di bilik rakan lelaki untuk bermain ‘game’ bagi mengelak dicekup pegawai penguatkuasa syariah dalam Ops Perhentian di sebuah hotel di Pulau Perhentian, di sini malam Jumaat.



Foto JHEAT

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Md Adnan Abdullah berkata, dalam serbuan pada jam 1.50 pagi itu, dua wanita berkenaan berada dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki.

“Berdasarkan siasatan awal, mereka mendakwa datang bercuti ke pulau dengan menyewa dua bilik berasingan namun ketika serbuan dilakukan, dua wanita itu berada dalam bilik lelaki bukan mahram dengan alasan bermain ‘game’,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.


Menurut Md Adnan, dua wanita dan tiga lelaki itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu kerana disyaki berkhalwat.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 27-8-2022 09:44 PM
Jarang dgr kes depa pi pulau ke aku je xtau.. biasa utk muda mudi perhentian kecil la kan
Quote intan244 28-8-2022 01:31 AM
ramai2x satu bilik pon kena tangkap ka. betui kot main game.
Quote Perawankota 28-8-2022 04:55 AM
Memang pulau Perhentian tu selalu kena ambush ke?
Quote aechae 28-8-2022 07:38 AM
Hotel murah kna lh… cer duk tmpat yg 4 star ke atas
Quote imransulaiman 28-8-2022 09:31 AM
Kenapa hotel mahal jarang kena ambush ye?
Quote Minami2013 28-8-2022 09:38 AM
Ada org buat aduan ke? 5 org dlm blk kecik mungkin la main game.
Quote Adrif 28-8-2022 09:19 PM
imransulaiman replied at 28-8-2022 09:31 AM
Kenapa hotel mahal jarang kena ambush ye?


Quote LadyCarefree 28-8-2022 09:30 PM
Pergilah buat perkara lain yg berfaedah. Serbu tangkap org main game reramai buat apa? Lainlah kalau semua sedang berbogel dan orgy. Tp tu pun sebenarnya sukati merekalah.
Quote Belibis 28-8-2022 09:45 PM
Tak memasal game over..
Quote sekngucing 28-8-2022 11:49 PM
intan244 replied at 28-8-2022 01:31 AM
ramai2x satu bilik pon kena tangkap ka. betui kot main game.

khalwa tak semesti nya dua org
satu dewan pun kalau bukan mahram bleh dicaj khalwat

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.069664 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top