Pelbagai respons diberi rakyat Malaysia berhubung hukuman perlu dijalani bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak.
Malah, bukan perkara mengejutkan apabila segelitir netizen mengaitkan hal ini dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mendakwa presiden UMNO itu bakal menerima nasib sama. Seperti dijangkakan, komen itu tidak mengambil masa lama untuk sampai ke pengetahuan anaknya, Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid. Menerusi Instagram, Nurul dengan tenang menyatakan dia menyedari perkara itu dan menganggapnya sebagai ujian.
Bukan sahaja dia dan keluarga akan menempuhnya dengan tenang sekiranya perkara sama berlaku kepada bapanya kelak, malah mereka akan terus berjuang membuktikan Zahid tidak bersalah. "Sejujurnya bila ada yang komen 'Zahid is next', saya sangat berlapang dada kerana saya tahu Allah SWT. sayang mereka yang diuji," ujarnya. Di penghujung bicaranya, Nurul berdoa agar Allah SWT terus kekalkan fokusnya untuk istiqamah menjadi anak solehah walaupun dia sebenarnya memiliki pilihan untuk membalas komen dengan biadab. Semoga Nurul terus berlapang dada dengan hari-hari mendatang dan diberi ketenangan ketika berdepan komen menyakitkan hati di media sosial. - CARI
|
Rdizz replied at 27-8-2022 06:02 PM
Allah syg la sgt...
Pak hang lah bwk masuk pndatang sampai nk ranap msia dgn org luar, jadi masa ...
becir replied at 27-8-2022 06:56 PM
Moga mendapat adik sorang dua lagi. Lagi muda and family kening biasa2
kotakbaju replied at 27-8-2022 06:51 PM
Dah nape merata thread bersepah pic gif ni
Rdizz replied at 27-8-2022 06:02 PM
Allah syg la sgt...
Pak hang lah bwk masuk pndatang sampai nk ranap msia dgn org luar, jadi masa ...
ADVERTISEMENT