CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Yusof Tak Jemput, Tapi Kazar Yang Tak Nak Datang

27-8-2022 05:22 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8968| Komen: 60|Original author: LilRose

"Filem itu lebih penting daripada saya."

Ketiadaan pelakon Kazar Saisi pada Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions semalam mencetuskan persoalan ramai.


Kazar bagaimanapun menjelaskan dia berbuat demikian kerana tidak mahu dirinya menjadi perhatian media lebih daripada filem itu sendiri.


Kredit foto: IG/Harian Metro

"Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil 3. Filem itu lebih penting daripada saya," katanya kepada Harian Metro.


Malah, dia mengesahkan ada menerima jemputan daripada pihak Astro Shaw.

Perkara sama didedahkan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, 68, yang memaklumkan pihaknya dan Astro Shaw sudah menjemput semua pelakon yang terbabit.



"Saya cakap terus terang, saya profesional, kita jemput. Saya cakap saya profesional, begitu juga isteri saya cakap perkara sama. 

"Astro ada buat jemputan, begitu juga pihak Skop Productions. Kita tak pernah kata kita takkan jemput, saya takkan cakap macam itu," katanya.

Ketiadaan Kazar semalam mencetus pelbagai spekulasi apatah lagi ketika ini masih hangat isu anaknya, Ira Kazar didakwa mengganggu rumah tangga anak Yusof, Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah.


Kredit foto: IG

Bagaimanapun, Yusof menegaskan semua yang berlaku adalah membabitkan hal peribadi.

"Saya kalau jumpa Kazar tak ada bermasam muka. Bagi saya itu hal anak dia. Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ira akan ditahan Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, iaitu berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.


Kredit foto: IG

Jika sabit kesalahan, Ira boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 27-8-2022 05:52 PM
Malu agaknya. Bukankah sebelum ini ada hantaran beliau yang menganjingkan menantu Dato' itu?
Quote scarflicious 27-8-2022 06:12 PM
Tau pun malu. Kalau tak tu menganjing je kerja.
Quote ezacbee 27-8-2022 06:27 PM
Bakal berbesan ke idok?
Quote Acikgomen 27-8-2022 06:40 PM
Ke ko sebenaqnya nak elak reputs
Berani nganjeng kat socmed je la, depan reputs ko buat perangai bangang mcmtu best la ahli2 nurakazen ada benda baru nak kecam
Quote emera 27-8-2022 06:52 PM
Mesti si Iro berbulu tgk gambar samsol peluk bininya ittew.
Quote Diamondmoney 27-8-2022 06:56 PM
Padan muka mesti malukan sb kuat menganjing. Padan muka dpt ank birah. Sapa suruh letak nama ank birah. Kan da jadi betol2 birah
Quote inspektoremos21 27-8-2022 07:15 PM
Oh tahu malu rupanya..
Quote ciksom 27-8-2022 07:28 PM
Malu dengan besan ke?
Quote epal_putih 27-8-2022 07:34 PM
Ank punya hal
Bapak nanghungg nyer
Quote Udangpetai 27-8-2022 07:39 PM
Ooo yeke.. baca boleh percaya jangan..
Quote MatDeghem 27-8-2022 07:50 PM
Si tok rosyam danish menyebok nak jadi moderator atau batu api....
Pandai tok usop selam jawab.

Quote jihyomelly 27-8-2022 07:56 PM
nak kena jenguk2 si degawan ni bukan bleh harap kang nganjeng pastu delete - mcm tak biasa lak kan degawan kan…
Quote newyork 27-8-2022 08:02 PM
Sebuk ja st rosyam mart ni...apahal lak pak usop nak gi jumpa..tadak pasal la
Quote bedahmenjuyah 27-8-2022 08:18 PM
newyork replied at 27-8-2022 08:02 PM
Sebuk ja st rosyam mart ni...apahal lak pak usop nak gi jumpa..tadak pasal la

Ms bila plak tok sham jd puna sihat?  Dlm talk show ke apa?
Quote tikusmontok 27-8-2022 10:37 PM
Tau malu..masa nganjing tak hengat
Quote kuchenta_81 28-8-2022 01:08 AM
emera replied at 27-8-2022 06:52 PM
Mesti si Iro berbulu tgk gambar samsol peluk bininya ittew.

Tu gambo zaman bila tu? Recently ke?
Quote Hazelnut99 28-8-2022 01:36 AM
Apa status sarah dgn samsol ni skrg? Duduk serumah ke asing2? Sarah tinggal dgn family tok selam ke?
Quote pocongkiutss 28-8-2022 01:45 AM
kuchenta_81 replied at 28-8-2022 01:08 AM
Tu gambo zaman bila tu? Recently ke?

Gambo lama tu..hehe
Quote Dolmat 28-8-2022 03:05 AM
Dia anak beranak jenis tahu malu ke.....?

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048931 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top