CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Berbakat, Tapi Yusof Haslam Kata Industri Kekurangan Pelakon?

27-8-2022 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 862| Komen: 1

Penerbit dan pengarah berkaliber, Datuk Yusof Haslam berpendapat, industri seni sebenarnya kekurangan pelakon, meskipun ramai bakat baharu hadir mencipta nama.


Katanya, sebagai penerbit, dia kadang-kadang terpaksa bersikap tangkap muat ketika mencari pelakon bagi menggalas watak dalam sesebuah naskhah, malah pernah meletakkan pelakon yang ‘kosong’ sebagai pemegang karakter utama.



“Walaupun untuk watak pembantu, susah kita hendak cari pelakon yang sesuai. Terpaksalah tangkap muat. Kita perlukan pelakon, terutama sekarang banyak saluran termasuk penstriman.

“Ada pelakon yang punya full package, tetapi tidak tahu bawa diri. Ada yang tak ada look untuk watak hero dan heroin, tetapi berbakat besar. Kita kekurangan pelakon yang berkualiti. Itu belum masuk bab bayaran,” katanya.


Bapa kepada pengarah prolifik, Syamsul Yusof ini berkata demikian ketika sidang media program realiti baharu, Fit For Action yang bakal bersiaran bermula September ini di TV3.

Yusof menggalas tanggungjawab sebagai ketua juri untuk mengadili 12 peserta yang bakal berentap merebut gelaran juara pertama program pencarian bakat lakonan tersebut.

Dalam pada itu, Yusof berkata, Fit For Action bakal menjadi ‘sekolah’ yang baik untuk mereka yang betul-betul mempuyai semangat dan keinginan menimba ilmu menerusi sebuah program realiti.

“Selain saya, peserta bakal dididik dengan ilmu lakonan bersama tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M. Osman dan Ellie Suriaty. Apa yang saya boleh katakan,. kesemua peserta mempunyai potensi. Biasalah, awal-awal mestilah ada kekurangannya.

“Tetapi, mereka masih baharu. Banyak lagi perkara dan teknik lakonan yang harus mereka pelajari. Pelakon terkenal pun kadang-kadang masuk set blur, inikan pula mereka yang baru merangkak,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 27-8-2022 04:58 PM
cari je yang herlokkk lepastu paksa masuk ke kelas lakonan...
tapi di zaman ni kayu ke tak kayu tu tak penting dah...
iols banyak tengok siri dekat netflix tu berlambak je yang kayu... even siri yang hollywood pun ya ampun cringe dan kayu tapi sebab herlok terus kaka maafin jah asalkan dapat cuci mata...

janji herlokkk dikkk... tak cayer tanya bbnu kpop semua... dorang kisah tak pelakon tu kayu lagi2 idol kpop kegemaran theyols???
asalkan herlok dan boleh berbasahan gittewww depan TV...
orang lain dengan manusia... ko sorang je kahwin dengan TV

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.036972 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top