CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Saya Tak Campur Tangan Keputusan Mahkamah Najib’ - Tun M

27-8-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1502| Komen: 8

Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan beliau campur tangan dalam keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir berkata, walaupun Ketua Hakim Negara dilantik ketika dia menjadi Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai pengaruh dalam keputusan yang dibuat mahkamah terhadap ahli Parlimen Pekan itu.

“Benar, saya yang melantik (Tun Tengku Maimun Tuan Mat ). Ketika itu, saya adalah Perdana Menteri. Saya tidak mempunyai pilihan kerana nama itu (Tengku Maimun) dikemukakan dan saya hanya meluluskan (pelantikan).


FB Tun M

“Untuk mengatakan saya mempengaruhi (keputusan yang dibuat oleh) mahkamah, terdapat tiga mahkamah. Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan terdapat sembilan hakim, semuanya mempunyai pendapat yang sama.


“Kes itu mengambil masa empat tahun, tidak pernah berlaku dalam Malaysia sebegini. Dahulu, kes Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ambil masa sembilan bulan sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Mahathir yang merupakan pengasas Gerakan Tanah Air (GTA) dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) juga berpendapat, Najib telah diberikan ruang dan peluang untuk membela diri dalam kes dihadapinya.

“Dalam kes ini, kita lihat apa yang dia lakukan, hanya menarik balik ini dan itu. Dia kata tidak adil (keputusan yang dijatuhkan terhadapnya), apa yang tidak adil? Jika betul dia perlu buktikan dalam keterangannya.

“Mahkamah ada bukti buku cek, dokumen bertulis dan semuanya ada di mahkamah. Dia perlu sertakan bukti kukuh untuk menafikan bahawa dokumen yang ada itu salah namun, dia tidak dapat berbuat demikian,” jelas Ahli Parlimen Langkawi itu.

Selasa lalu, panel lima hakim yang diketuai Tengku Maimun sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 27-8-2022 06:15 PM
ya bangkem setuju dengan Tun
Quote Tasikchini 27-8-2022 06:19 PM
            
Quote Mulotkoyak 27-8-2022 06:35 PM
Kenapa anak-anak and cucu-cucu dia semua selamat erk?
Quote kemaruk 27-8-2022 06:59 PM
Mulotkoyak replied at 27-8-2022 06:35 PM
Kenapa anak-anak and cucu-cucu dia semua selamat erk?

selamat dari segi apa tu?
Quote Mulotkoyak 27-8-2022 09:00 PM
kemaruk replied at 27-8-2022 10:59 AM
selamat dari segi apa tu?

Sakau menyakau
Quote jazaa100 27-8-2022 09:17 PM
Ek elehhhh......

Sblm hari penentuan tu pun pak mail sibuk cari atok.....klu atok kata yes....yes lah jawabannya....
Ni atok kata No.....
Quote Orix 28-8-2022 12:35 AM
Mulotkoyak replied at 27-8-2022 06:35 PM
Kenapa anak-anak and cucu-cucu dia semua selamat erk?

Kalau xde bukti, fitnah namanya
Quote febreze 28-8-2022 01:21 PM
Mulotkoyak: Kenapa anak-anak and cucu-cucu ...


dia bijak hehe mcm vvvvvip kt yestanaa kenyalanggggcat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.162868 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top