Pendakwah kesayangan ramai berdepan 11 tuduhan gangguan seksual dan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 hingga 30 September ini.
Memetik laporan The Merdeka Times, Ebit Lew atau Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew, 38, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang dan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Perkara ini disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan. Ebit yang dihadapkan ke Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah pada 18 Februari lalu menafikan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Ebit yang diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. Ebit sebelum ini didakwa membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp. Loading FB Post... Loading FB Post... “Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu kenyataan sebelum ini. - CARI
|
dani-rox replied at 27-8-2022 01:27 AM
perlu ke censor muka kat gambar tuh
jazaa100 replied at 27-8-2022 02:01 AM
Ntahnya......
Mcm le org tak kenal wira yg suka bantu org ni....
jazaa100 replied at 27-8-2022 02:01 AM
Ntahnya......
Mcm le org tak kenal wira yg suka bantu org ni....
lurve82 replied at 27-8-2022 05:29 AM
Wow byknye kes mahkamah org2 yg berprofile tinggi. Ok sediakan pop corn
dani-rox replied at 27-8-2022 01:27 AM
perlu ke censor muka kat gambar tuh
ADVERTISEMENT