CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Qasrina Karim Tertekan Orang 'Cilok' Gambar, Lepas Tu Membahan Kutuk Dahi Besar

26-8-2022 05:37 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11133| Komen: 61|Original author: LilRose

"Dahi saya menjadi sasaran netizen untuk melakukan body shaming."


Kredit foto: IG

Pelakon, Qasrina Karim, 26, yang pernah dibandingkan dengan Mira Filzah mengakui tidak menerima kecaman berhubung lakonannya selepas dua tahun bergelar pelakon.

Sebaliknya, apa yang menyedihkan adalah bentuk dahinya yang besar menjadi sasaran netizen.

"Ada yang menulis komen negatif mengenai bentuk dahi saya yang besar. Itu menjadi sasaran netizen untuk menulis komen berbaur 'body shaming' sebegitu.



Kredit foto: IG

"Ketika pertama kali membaca komen-komen begitu, saya memang sedih sebab saya tak ada buat salah pun. Orang ambil gambar dari media sosial saya, kemudian muat naik ke Twitter dan membuka ruang untuk netizen menulis komen.

"Mereka (netizen) ini berada di sebalik papan kekunci, jadi mereka tulis dan cakap bukan-bukan. Sedih bagaimana sekalipun, saya tetap teruskan kerja-kerja saya," katanya kepada Harian Metro.

Enggan terus dilukai komen negatif berbaur kecaman, Qasrina memilih untuk tidak membaca sebarang komen.



"Jika tidak, mental saya akan jadi lemah, tertekan dan tak pasal-pasal saya sedih. Saya tak boleh nak tutup komen sebab komen-komen itu di akaun Twitter orang lain (yang memuat naik gambar Qasrina).

"Saya luahkan kesedihan saya kepada keluarga dan mereka yang banyak pujuk serta beri kekuatan kepada saya. Kata mereka, kita takkan boleh nak kawal dan tukar cara pemikiran netizen," katanya.



Kesian Qasrina, tak buat salah pun orang cari yang salah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ira_229 26-8-2022 05:52 PM
suka tengok dia ni model tudung alhumaira...manis...ada dimple...dah kawin kan? tapi mcm anak dara..
Quote dudaberhias 26-8-2022 05:57 PM
tapi memang macam ikan flower horn pun... cumanya takde la huduh... sheols cantik jugak la...
Quote idril 26-8-2022 05:59 PM
lawa je pun dahi gitu... dengki kot yg mengata tu
Quote Hoshhi 26-8-2022 05:59 PM
Edited by Hoshhi at 26-8-2022 06:01 PM

Lg cntik dri migha basic yg suara terkepit kepit tu
Quote Suchi 26-8-2022 06:46 PM
dudaberhias replied at 26-8-2022 05:57 PM
tapi memang macam ikan flower horn pun... cumanya takde la huduh... sheols cantik jugak la...

Iols pun baru perasan dahi dia tu masa tgk gambar dia ngn adik/abang dia kot.
Gambar kat oversea dia pakai shawl tu melekap pastu mcm tertarik byk ke atas.
Selama ni tak perasan dahi dia tu, masa tu la iols sedar begitulaa manusia ni tak sempurna.
Tp dia dahi gitu sesuai jd model tudung sbb susah nak nampak anak rambut.
Quote ohsoyaya 26-8-2022 07:09 PM
Xkisah la yalls. Janji yalls lg cantik dr yg membody shaming itu
Quote alieyrina 26-8-2022 07:13 PM
Cantik n comel. Kalau aku cantik comel camni memang aku abaikan komen2 hanat netizen.

Hari2 bangun mengagumi wajah sendiri peduli hapa aku kaann
Quote kookiechip 26-8-2022 07:22 PM
Sheols suka pakai tudung ke beleakang sangat. Tapi nasib baik muka lawa. Sebelum ni ada orang kata rupa sheols macam si pira loi versi cantik
Quote irvene 26-8-2022 07:23 PM
sape suruh ko terjebak dgn dunia hiburan? so terima je lah nak taknak pun khenn.
Quote QueenIsolde 26-8-2022 07:35 PM
ira_229 replied at 26-8-2022 05:52 PM
suka tengok dia ni model tudung alhumaira...manis...ada dimple...dah kawin kan? tapi mcm anak dara..

Sheols belum kawen, tapi dah ada pakwe rasanya.
Quote CariMalay 26-8-2022 07:53 PM
Hahahahah... ape da
Quote orkid_amani 26-8-2022 08:15 PM
Cuba pakai tudung tu jgn ke belakang sgt..ke depan lebih sikit tutup sisi dahi tu..
Shawl ikat belakang tu nampak jendol betul dahi she..tapi she mmg comel..abaikan la kata2 netz tu
Quote VespaSilbe 26-8-2022 08:16 PM
Iols rasa lawa jer... Dahi jendol org dulu2 kata murah rezeki...
Quote nipskacang 26-8-2022 08:25 PM
Igt lagi awal2 dia join modelling dlu org ckp dahi dia mcm org cina zaman dlu2 yg depan botak sparuh tu, jahat sgt ok. Tapi manis je dia , model Alhumaira
Quote acikhan 26-8-2022 08:41 PM
haku suka body shamming pasal dahi jendul nie sbb tok laki Dan 2 ank haku jendul jugak mcm Ayah die... tp kan org dahi jendul nie x sesuai ke pakai tudung bawal cantik kot sbb adik2 ipar haku semua jendul pastu dorg pakai tudung bawal cantik n terletak kot haku yg oakai bawal pun senget benget tau
Quote nakkomenjugak 26-8-2022 09:05 PM
Alaa rihanna pun dahi jendul jugak
takde hal laaa...
persetan sajorkkkk nerakazen itewww
Quote ctnorenjoy 26-8-2022 09:20 PM
Jendul2 pun cantik. Sweet je jd model, alhumaira, suara pn sedap didengar
Quote sukacactus 26-8-2022 09:25 PM
Ko lawa sgt sampai aku xperasan pun dahi ko luas ke x dik qas oii!
Quote Beribear 26-8-2022 09:28 PM
Org dahi jendul ni pakai tudung buat la style apa pon lawa je. Iolss jeles takde jendul, so abaikan jelah org yg mengata tu

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.418643 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top