CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Hari Wanita Terkurung Dalam Bilik Air Angkara Pintu Rosak

26-8-2022 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3326| Komen: 31

Detik cemas seorang wanita berakhir selepas dia diselamatkan pasukan keselamatan berikutan terkurung dalam bilik air di rumahnya selama tiga hari.

Kejadian yang berlaku di Bangkok itu juga menyaksikan wanita berkenaan sempat menulis nota akhir selepas menyangka dia akan mati di dalam tandas tersebut.


Thaiger

Lapor The Thaiger, polis menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang meminta pertolongan.

Wanita itu memaklumkan dia tidak menghubungi kakaknya selama tiga hari sejak 22 Ogos lalu, menyebabkan polis pergi ke sebuah rumah empat tingkat untuk menyiasat.


Di lokasi kejadian, polis bertemu dengan wanita yang membuat panggilan itu dan cuba membuka pintu rumah berkenaan.


Thaiger

Namun, usaha mereka berdepan kesukaran memandangkan rumah itu dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih sehingga memaksa polis memecahkan pagar dan pintu.

Polis kemudiannya pergi ke setiap tingkat untuk mencari mangsa sehingga di tingkat tiga, mereka terdengar bunyi ketukan dari pintu bilik air dan selepas dibuka, mangsa yang berusia 54 tahun ditemukan dalam keadaan lemah.

Mangsa menceritakan kepada polis dia terkurung di dalam bilik sejak tiga hari lalu pada pukul 8 malam apabila pintu terkunci dan rosak, menyebabkan dia tidak dapat keluar.


Thaiger

Wanita itu juga memaklumkan, dia hanya minum air paip untuk kekal hidup, selain menulis nota akhir pada dinding bilik air sekiranya dia tidak dapat diselamatkan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan keadaannya stabil.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chilly 26-8-2022 05:54 PM
Dia tulis guna ape [em:24:]
Quote holothurian 26-8-2022 07:14 PM
chilly replied at 26-8-2022 05:54 PM
Dia tulis guna ape [em:24:]

warna coklat2 cair gitu.. emmm.. mungkinkah
Quote Suchi 26-8-2022 07:26 PM
Sian mesti sejuk dan lapar.
Lama tul sampai 3 hari. Pasnih kena bawak tepon setiap kali masuk toilet. Teringat dulu kat malaysia pun ada kes gini. Dia mandikan anak dia pintu bilik air rosak.
Mujur semua anak2 ada sekali bukan sorang kat luar ke apa. Dhla anak dia kecik2 lagi.
Quote Suchi 26-8-2022 07:26 PM
holothurian replied at 26-8-2022 07:14 PM
warna coklat2 cair gitu.. emmm.. mungkinkah

Kan banyak pencuci muka bagai tu maybe guna menda2 alah tu laaa
Sekadar bersangka baik huhu
Quote margo20 26-8-2022 08:01 PM
Kalau setakat duduk sorang tu takyah tutup pintu pun takpe kot ataupun just rapatkan je takut jd mende mende gini la
Quote netto_ 26-8-2022 08:34 PM
Aku dah penah kene gini. Dr kul 7pg smpai 2ptg. Vavi btul. Org opis pon raihan aku xdtg2 keje, call xjwb. Sume ingat aku da melingkup mana2. Aku anto signal telepati sume hawau xdpt. Last2 aku pecah je pintu guna btg mop bila dgr azan zuhur. Nk dkt 2 gayung jgk air paip aku menom
Quote delia3003 26-8-2022 08:40 PM
I bila baca kes2 macam ni terus masuk bilik air tak tutup rapat pintu. Walaupun rumah atas kayangan, boleh je bukak top hung mintak tolong dengan jiran2 tapi tetap ada rasa was was.
Quote slyfynx 26-8-2022 08:42 PM
Teringat cite hisdustan Trapped

Trapped - Wikipedia
Quote Buritan 26-8-2022 08:47 PM
margo20 replied at 26-8-2022 08:01 PM
Kalau setakat duduk sorang tu takyah tutup pintu pun takpe kot ataupun just rapatkan je takut jd men ...

Betul.. aku mamdi mmg tk tutup pintu.. sekadar.. tutup skit je.. ala ala srkadar kain skit skit tutup sana sini kat tubuh zarina anjoli tuu jah
Quote Minami2013 26-8-2022 08:52 PM
Omaigad.. i pernah jugak terkurung dlm toilet. Macam nk panic attack sekejap sbb berada di ruang kecik dan terkurung. Since that mmg i tk kunci toilet if sorang2 kat rmh. Scary

Macam mana la dia ni sampai 3 hari..
Quote Tinot7 26-8-2022 08:58 PM
netto_ replied at 26-8-2022 08:34 PM
Aku dah penah kene gini. Dr kul 7pg smpai 2ptg. Vavi btul. Org opis pon raihan aku xdtg2 keje, call  ...

Alhamdulillah.. terselamat jua..
Quote Adrif 26-8-2022 09:02 PM
risau nye weh.. aku terkurung dalam bilik pun kelam kabut tendang tombol pintu sampai berderai. kalau dalam toilet sempit, oh tidak..
Quote milo_888 26-8-2022 09:15 PM
chilly replied at 26-8-2022 05:54 PM
Dia tulis guna ape [em:24:]

Kan dalam bakul bawah tu ada mcm BB cream ke pondesen mcm tu.. dia pakai tu la kot..
Quote Carcosa 26-8-2022 09:19 PM
Aduihhh, dahla tua jugak tu 54 tahun.
Tak payah lah tutup pintu time mandi hah. 3 hari tu lama yach.
Quote cmf_almondpecan 26-8-2022 09:33 PM
Sentiasalah bawa telefon masuk bilik air. Takut terjadi apa2 yang tak diduga.
Quote CiliPadiSedap 26-8-2022 09:41 PM
kalau terperangkap dalam toilet pastikan toilet ada ruang udara dan sebelah pantries
Quote honeybee1802 26-8-2022 09:47 PM
Rumah udah le 4 tingkat...pintu msk pun mcm pintu rumah kedai tu...adehh...sib baik ada adik tanya khabar...
Quote sayawifenikmie 27-8-2022 12:45 PM
chilly replied at 26-8-2022 05:54 PM
Dia tulis guna ape [em:24:]

awak nak kata dia tulisguna tahi najis ke?

tak nampak macam2 ada dalam tu?
acik moden dia ni ...



Quote takkoser 27-8-2022 11:39 PM
curious pulak korang pakai pintu apa boleh terkunci...pintu rumah aku sekali tendang terus tercabut hahahaha

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063843 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top