CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Maut Jatuh Dari Balkoni Dapur Tingkat 9 Flat Sri Sabah

26-8-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4036| Komen: 29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari balkoni dapur di tingkat sembilan flat perumahan Sri Sabah, dekat sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian seorang kanak-kanak terjatuh dari flat pada pukul 11.54 pagi.


Mangsa yang berusia lima tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari balkoni dapur di tingkat sembilan flat berkenaan hari ini.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian dan dimaklumkan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) oleh ibunya.


“Siasatan awal pihak polis mendapati kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan (balkoni dapur) rumahnya sekitar pukul 9.30 pagi.

“Difahamkan ketika kejadian, ibu dan adik mangsa turut berada di rumah berkenaan namun, ibunya tidak menyedari bahawa mangsa berada di dapur rumah semasa kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang merupakan warga tempatan telah dibawa ke HCTM namun, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.



Jelas beliau, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Zam Halim turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seumpama kes berkenaan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 26-8-2022 05:24 PM
Ape dlm video tu? Xbrani nk click
Quote krustykrab 26-8-2022 05:29 PM
Takde grilll ke kat dapo tu...duk dgn mak sendiri pun tak selamat jgk
Quote krustykrab 26-8-2022 05:29 PM
whimsicalmusic replied at 26-8-2022 05:24 PM
Ape dlm video tu? Xbrani nk click

Tgk je la sis sb diorg blurkan mayat..
Quote ifanonline 26-8-2022 05:31 PM
asbab kematian kanak2 malang ini, dah ketentuan ilahi...semoga adik ini berada di syurga firdaus...
Quote syamzana 26-8-2022 05:36 PM
bukan kat dapur/yard tu biasa ada grille ke caner plan rumah flat ni?memanjat agaknya bdk ni.
takziah kpd keluarga. tgk pic blur tu mcm berdarah2
Quote TabletSusu 26-8-2022 05:55 PM
syamzana replied at 26-8-2022 09:36 AM
bukan kat dapur/yard tu biasa ada grille ke caner plan rumah flat ni?memanjat agaknya bdk ni.
takzi ...

flat DBKL, setau aku grill tu kena pasang sendiri. aku x pasti mcmn design flat sri sabah ni. aku dulu duduk flat datuk keramat, depan rumah je ada balkoni. belakang ada pintu je. kat dapur ada tingkap tinggi. rumah2 tingkat atas bila nak msuk rumah, mmg kena msuk ikut pintu kayu belakang tu.
Quote ezacbee 26-8-2022 06:02 PM
Flat Sri Sabah tu yg dekat pasar malam ke? Ingat2 lupa penah ke sana.

Takziah. Ada penjaga pun xselamat gak.
Quote Nham22 26-8-2022 06:48 PM
Syurga tempat mu dik.....
Quote LoveSungmin 26-8-2022 06:54 PM
design flat sri sabah ni depan belakang takda grill.. kalau nak, pasang la sendiri.. pagar balkoni depan belakang setinggi leher i je rasanya..

parents tolong la alert kalau anak² takda kat depan mata.. sekelip mata je boleh terjadi perkara yang tak elok..
Quote manehnya 26-8-2022 07:10 PM
Depress terus lepas tgk video masa mak dia angkat dia... Allahhh
Quote Chikz79 26-8-2022 08:11 PM
Mak dia katanya tengah berpantang
Quote delia3003 26-8-2022 08:30 PM
Edited by delia3003 at 26-8-2022 08:31 PM

I dapat video dalam whatsapp group tak berani nak klik pun. Tapi ada ter klik video part mak nye angkat arwah macam tu je. Muka arwah ni pun tak berani nak tengok. Syurga buatmu dik, semoga dia tak rasa sakit masa jatuh tu.

Kalau betul mak dia dalam pantang, lagi kesian. Semoga maknye tabah hadapi ujian ni.
Quote Suchi 26-8-2022 08:31 PM
Sapa yg angkat budak tu? Mak dia ke? Sbb mcm tak bersiap pun pakai kain batik je.
Sedihnya tak dapat bygkan tgk anak dlm keadaan camtu depan mata, teringat kat seseorang kenalan yg penah alami keadaan sama.
Tp dia lagi dasyat anak dia kena campak dr atas dan jatuh depan mata dia.
Quote delia3003 26-8-2022 08:33 PM
Edited by delia3003 at 26-8-2022 08:36 PM
Suchi replied at 26-8-2022 08:31 PM
Sapa yg angkat budak tu? Mak dia ke? Sbb mcm tak bersiap pun pakai kain batik je.
Sedihnya tak dapat ...


Macam mana boleh kena campak? Siapa yang campak? Boleh depress macam ni.


Baca komen kat atas tu, kate nye mak dalam pantang. Ada logik nye jugak sebab nampak macam tak siap, mesti menggelabah. Kalau mak nye je orang dewasa yang ada kat rumah masa tu, maybe anak lagi sorang tinggal macam tu je nak turun angkat anak yang jatuh tu.
Quote TomyamPuteh 26-8-2022 08:46 PM
Jatuh betul2 tepi kedai Anak2 Pak Latip. Ank Pak Latip yg tukang tebar roti canai pun ada dlm video.
Quote Carcosa 26-8-2022 09:39 PM
Ehhhh murung laaa baca psl ni
Quote faraway1 26-8-2022 09:43 PM
Flat Sabah ni flat puluh puluh tahun kan dah wujud.
Me ingat bukan semua ada grill kat rumah. Sebab rasa camtu, pernah duduk flat Sabah tu.
Quote naina 26-8-2022 10:46 PM
Aduhh maknya angkat dah lembik lotek berdarah2 sure hancur hatinya. Tak leh la tengok budak2 ninggal cara cmni..kena dera, kena campak, terjatuh.. nauzubillahi min Zalik
Quote akies 26-8-2022 10:51 PM
Flat sri sabah ni mmg tkde grill..kena pasang sendiri..
Kesian pada ibunya..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045712 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top