CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Matangnya Nak Protes Penganjuran Konsert Artis Antarabangsa - Nabila Huda

26-8-2022 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2249| Komen: 10

Tidak matang. Itu pendapat pelakon dan pengacara Nabila Huda terhadap cadangan untuk mengadakan protes terhadap penganjuran konsert penyanyi antarabangsa di negara ini.


Nabila atau Nur Nabila Huda Suhaimi, 38, berkata, ada banyak perkara lain lebih utama melibatkan negara yang perlu diberikan perhatian berbanding penganjuran konsert.


IG Nabila

Dalam pada itu, Nabila turut mempersoalkan mengenai cakap-cakap mengatakan konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme.

Hedonisme adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.


Ia juga merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia.

Perkara tersebut turut menarik perhatian pengikutnya yang mengatakan masalah melibatkan aktiviti rasuah dalama kalangan ahli politik lebih meruncing daripada isu konsert artis antarabangsa.



Terdahulu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak menggesa kerajaan membatalkan penganjuran konsert artis antarabangsa yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.

Malah PU Syed turut memberi cadangan untuk mengadakan protes bagi menghalang penganjuran konsert yang bakal berlangsung seperti Blackpink pada Mac tahun hadapan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhil Shaari turut membangkitkan isu sama dan menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan jika tuntutan itu tidak diendahkan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 26-8-2022 03:32 PM
define matang
Quote True-X 26-8-2022 05:08 PM
patutla buat la demo kt depan bangin Air Kelantan tuh///
Quote cawanmilosuam 26-8-2022 05:35 PM
bosannya aku dgn minah perasan nih!
Quote dudaberhias 26-8-2022 05:40 PM
betul jugak apa dia kata tu.... bukan semua manusia pergi pun konsert2 ni...
baik penuhkan peti ais bak kata sajat...

banyak lagi benda penting yang nyata yang perlu kita risaukan...

unemployment
poverty
facility
corruption

takat minoriti yang pergi konsert tu takde impak apa pun pada masyarakat, agama ke bangsa serta negara...
Quote Nenasketum 26-8-2022 07:19 PM
Orang yang drop out skolah patut simpan jer la opinion pada diri sendiri.
Quote irvene 26-8-2022 07:24 PM
Hi anak dato
Quote ashcroft86 26-8-2022 07:31 PM
Memang bodoh pon PAS tu, harap kene baling telor masa demo nanti. Kalau hal hiburan, sibuk nak jadi moral police. Tu je la tahap PAS haprak ni. Tahap BADAR sekolah je lah. Nak buat keje lain xreti, bodoh je semua lebai2. Penganut PAS double the bodoh.
Quote ashcroft86 26-8-2022 07:32 PM
Nenasketum replied at 26-8-2022 07:19 PM
Orang yang drop out skolah patut simpan jer la opinion pada diri sendiri.

Lah, kat tweeter sendiri je pun, bukan panggil press ke apa. Pfffft.
Quote nakkomenjugak 26-8-2022 07:52 PM
i meannnnn
negara kita bukan ada melayu isleeee jahhhh...
Quote mamak_kg_kastam 27-8-2022 01:02 AM
pru nak dekat!!!!!!!!!!!

tungang!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044022 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top