Polis menahan seorang bapa di Nigeria yang tergamak menjual anak perempuannya untuk pelacuran dan menghamilkan mangsa.
Daily Star memetik media tempatan melaporkan lelaki berusia 49 tahun itu memaksa anak perempuannya menjadi pelacur ketika mangsa baru berusia 14 tahun. Menurut jurucakap pihak berkuasa, Abimbola Oyeyemi, suspek ditahan selepas anaknya itu membuat laporan polis dan mendakwa lelaki terbabit merogol dan melacurkannya. Mangsa juga mendakwa bapanya menjemput lelaki ke rumah keluarga untuk melakukan hubungan seks dengannya sebelum menerima bayaran daripada mereka.
Ketika soal siasat, suspek mengakui melakukan perbuatan itu dan memberitahu polis bahawa ada lima lelaki lain melakukan hubungan seks dengan mangsa. Difahamkan, lima individu ditahan berusia antara 30 hingga 69 tahun. "Semua suspek mengakui tahu bahawa kanak-kanak itu di bawah umur dan membayar wang kepada bapa mangsa," kata Oyeyemi. Bagaimanapun, keberadaan ibu mangsa tidak diketahui kerana wanita itu sudah bercerai dengan bapa mangsa. Remaja itu kini diberi perlindungan dan diletakkan di sebuah hospital tempatan. Oyeyemi berkata, mangsa menegaskan bahawa bapa bertanggungjawab atas kandungan itu dan satu-satunya individu yang 'bersama' dengannya dalam tempoh dia mengandung. Dalam pada itu, bapa mangsa ditahan reman sementara menunggu tarikh untuk dihadapkan ke mahkamah. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT