Seorang pekerja penghantaran Domino’s Pizza Jepun berusaha keras untuk menghantar piza kepada pendaki yang kelaparan di puncak Gunung Fuji, puncak tertinggi di negara itu.
Dengan mendapat bayaran penghantaran sebanyak 1,000 baht (RM124), jumlah itu kelihatan sederhana memandangkan pekerja tersebut mengambil masa enam jam untuk mendaki gunung berapi aktif setinggi 3,776 meter berkenaan semata-mata demi menghantar piza. Thaiger melaporkan, pada Ahad lalu, akaun Twitter @fatmanairsoft memuat naik gambar penghantar piza tersebut di atas gunung dengan keterangan ‘Saya mendaki Gunung Fuji semalam dan seseorang memesan piza’.
Lebih mengejutkan apabila komen di hantaran itu mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama pekerja penghantar barang Jepun membuat penghantaran ke puncak gunung. Beberapa pengguna membalas hantaran itu dengan memuat naik gambar memaparkan lebih ramai kakitangan Domino’s pizza, seorang penghantar Uber Eats dan seorang penghantar Demar Can yang juga mendaki gunung. Bagaimanapun, menurut laporan, memesan penghantaran barang ke puncak Gunung Fuji dilihat menjadi satu trend di Jepun. Meskipun tidak menghairankan apabila pejalan kaki berasa lapar selepas lima hingga tujuh jam melakukan pendakian di laluan Yoshida, keadaan itu dilihat tidak adil kepada kakitangan penghantaran. Sumber: Kosmo
|
rospinki: knpa tak pakai benda yg bole t ...
rospinki: knpa tak pakai benda yg bole terbang tu apa nama?
ADVERTISEMENT