|
Lawatan kerja Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Bangkok atas urusan lawatan kerja bagi mengkaji kaedah penanaman dan penyelidikan penggunaan kanabis menarik perhatian orang ramai termasuk Caprice di mana rapper dan usahawan ini menyentuh isu penggunaan kanabis menerusi perkongsian terbaru di Instagram.
Caprice akan memberi sokongan penuh kepada Menteri Kesihatan jika penggunaan ganja digunakan hanya untuk tujuan perubatan sahaja. Dalam pada itu, Caprice juga sempat berseloroh dan mencadangkan selepas penggunaan ganja dibenarkan ahli parlimen mengambil satu dos kanabis sebelum masuk bersidang di dalam dewan agar semua ahli parlimen dapat bekerjasama dengan baik. Isu penggunaan kanabis ini menjadi perbualan hangat dikalangan masyarakat tanah air, apatah lagi ada yang menyuarakan rasa bimbang jika penggunaan kanabis disalahgunakan segelintir pihak setelah penggunaan ganja dalam negara dibenarkan.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.418490 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.