CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Djokovic Sedih Tak Beraksi Di Terbuka AS Kerana Tak Ambil Vaksin

26-8-2022 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1464| Komen: 6

Peminat tidak akan menyaksikan aksi Novak Djokovic pada kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) kerana bekas pemain dunia itu tidak mendapatkan vaksin Covid-19.


Peraturan terkini kerajaan AS memerlukan pengembara menunjukkan sijil vaksinasi lengkap sebelum menaiki pesawat dan mahu memasuki negara itu.


IG Djokovic

“Sedihnya, saya tidak mampu berlepas ke NY (New York) untuk Terbuka AS kali ini.

“Selamat berjaya kepada semua pemain lain! Saya akan terus berada dalam keadaan terbaik dan kekal positif serta menanti peluang untuk bertanding lagi,” tulis Djokovic laman sosialnya.


Pada Februari lalu, juara tiga kali itu turut terlepas untuk mempertahankan gelaran Terbuka Australia selepas dihantar pulang dari negara itu berikutan status vaksinasi.



Persatuan Tenis AS (USTA) menyifatkan ketiadaan Djokovic, 35, sebagai sesuatu yang malang dan menanti kehadirannya di Flushing Meadows, tahun depan.

“Novak adalah juara hebat dan agak malang dia tidak dapat bermain di Terbuka AS 2022, berikutan tidak dibenarkan memasuki negara ini berikutan polisi kerajaan berkaitan vaksin bagi bukan warga AS,” kata Pengarah Kejohanan Terbuka AS, Stacey Allaster dalam satu kenyataan. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 26-8-2022 03:25 PM
Padan muka ko.. dulu kat Australia pun ko dilarang masuk.. ekekekeke
Quote musangbodoh 26-8-2022 08:15 PM
bagus dia nie . satu dunia canang dia xde vaxx pun relax2 jeee
Quote margo20 27-8-2022 10:37 AM
Duit da byk bole la eksyen cuba baru nk up mencicit la g amik bakshin
Quote Triple_8 27-8-2022 02:02 PM
Nyata sekali "minyak dagu" mbeksin ialah diskriminasi.
Quote Belibis 27-8-2022 02:19 PM
Ketakutan dan penyembahan beksin untuk golongan yang tiada apa2.. orang ada2 bolayan jer segala tekanan dan kekangan.
Quote zuriey 27-8-2022 03:04 PM
Geng acik ritrud la ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.032663 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top