Seeokr orang utan menjadi bualan ramai selepas ia meraba payudara seorang pelancong dan mencium pipinya dalam satu lawatan zoo, baru-baru ini.
Wanita itu, Angel Orangelor tidak menyangka akan berdepan kejadian yang mencuit hati ketika dia berkunjung ke Safari World di Bangkok, Thailand pada 15 Ogos lalu. Angel yang hadir ke zoo bersama rakan-rakannya mengakui tidak terganggu dengan kejadian itu, sebaliknya menganggap ia sebagai satu reaksi kasih sayang daripada seekor haiwan. "Orang utan itu hanya menunjukkan kasih sayang kepada saya. Ia kelihatan sangat comel. "Rakan-rakan saya fikir ia lucu. Saya boleh rasa ikatan yang sebenar dengan haiwan itu," ujarnya dipetik Daily Star. Malah kata Angel, orang utan itu langsung tidak menyakitinya. Untuk rekod, ini bukan kali haiwan itu bertindak 'terlebih' mesra dengan pelancong wanita. Jun lalu, orang utan itu turut memegang payudara seorang lagi pengunjung wanita. Sumber: mstar |
msdummy.2018 replied at 26-8-2022 11:31 AM
Anda pasti itu orang utan? Bukan manusia bertopengkan orang utan?
tomiko_haza replied at 26-8-2022 12:07 PM
hehehe kan..ntah2 pakai topeng
tgk pic belah kiri tu muka gatai merenyeh btol la ongutan tu smbil ...
tomiko_haza replied at 26-8-2022 12:07 PM
hehehe kan..ntah2 pakai topeng
tgk pic belah kiri tu muka gatai merenyeh btol la ongutan tu smbil ...
ifanonline replied at 26-8-2022 12:16 PM
kalau acik2 porum gie zoo ni, tak mungkin org utan ni nak raba sebab tetek acik2 porum pun dah lay ...
Dwdrum replied at 26-8-2022 12:27 PM
Orang hutan mahu hugs and kiss... Dia tidak tahu pegang boob itu tidak ber moral dan pervert kepada ...
ADVERTISEMENT