CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Buat-buat, Zarina Terkilan Dituduh Guna Anak Autisme Untuk Kekal Relevan

26-8-2022 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2461| Komen: 23

Pelakon, Zarina Zainuddin terkilan apabila dituduh menggunakan anak-anaknya yang menghidap autisme sebagai modal di media sosial untuk kekal relevan dalam industri seni tempatan.


Zarina berkata, perkongsian yang dimuat naik itu adalah sebagai pendedahan buat ibu bapa lain yang turut berdepan dengan anak-anak menghidap autisme.


IG Zarina

"Orang hanya pandai berkata-kata, tetapi saya yang hidup hari-hari dengan anak-anak yang menghidap autisme. Bukan setiap masa, cuma hanya ada masa-masanya saja kongsikan di media sosial.

"Bukan setiap masa saya pegang telefon untuk merakam, cuma saya ingin berkongsi kepada ibu bapa lain yang ada anak autisme seperti saya. Mereka juga punya hati, perasaan dan keinginan seperti kita.


"Bagaimana boleh ada yang terfikir saya berkongsi di media sosial sekadar 'content'? Bukannya dibuat-buat sebaliknya sebahagian saja yang sempat saya rakam dan muat naik," katanya.

Terdahulu, Zarina dikecam netizen selepas dia memuat naik sebuah video yang menunjukkan anaknya Azal sedang melamar pelakon Neera Azizi. 



Dalam video berkenaan, Azal dilihat menyarungkan cincin ke jari Neera dan berkata sudikah awak menjadi isteri saya? 

Umum mengetahui bahawa Azal adalah anak istimewa yang menghidap autisme.

Disebabkan itu, ada netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan Zarina yang dilihat seolah-olah mempermainkan perasaan anaknya.

Tidak hanya berdiam diri, Zarina dilihat membalas semula komen-komen yang menghentam dirinya.

Menurutnya, dia yang lebih mengetahui siapa anaknya, jadi orang luar tidak berhak menuduh melulu dan mempertikaikan tindakannya. 


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 26-8-2022 12:33 PM
ramai je yg guna mak, adik, abg, segala mak nenek jdkan content dorg
tp dh itu life dorg kn
ape nk buat




Quote Nenasketum 26-8-2022 01:15 PM
Memang ye pun. Yang korang layan tu kenapa? Bebudak tu kecik2 yang jaga depa pun maid 3 orang, dia dok sebuk berlakon.
Quote Dolmat 26-8-2022 01:23 PM
Bedek.. banyak CONTOH yg postive boleh tunjuk dlm social media menjaga melatih mendidik anak2 autism.. bukan share tunjuk mengaruk cedera diri tarik2 tudung mu. anak2 austism kalau Tak provoke takkan ganas cedera diri macam tu.  Udah2 lah zarina.. tengah drive pun ko BERVIDEO bagai..
Berbeza dgn cara jagaan ibu bapa Adam.
Quote LadyCarefree 26-8-2022 02:21 PM
Dolmat replied at 26-8-2022 12:23 PM
Bedek.. banyak CONTOH yg postive boleh tunjuk dlm social media menjaga melatih mendidik anak2 autism ...


Bapaknya si jadam pon sama nyah guna anak sbg konten raih simpati esp psl isu rumah. Jgn lupa minyak konon ajaib tu. Eeewwwww  Yang bagus bapak si andi miranti dengan ada satu photog tu lupa nama.
Quote she 26-8-2022 02:37 PM
Ye memang punnn
Quote cikatilia 26-8-2022 03:07 PM
dah jelas2 dah kak
Quote Miss.Rara 26-8-2022 03:43 PM
anak nya yang si abg tu pun naik rimas agaknya si mak asyik rekod bideo dia..

cuma tak boleh nak cakap jerr nak tegur mak nya...
Quote AshkieLa 26-8-2022 03:53 PM
dah terang lagi bersuluh..
lagi mau acah buta.
Quote prettyuglybabe 26-8-2022 05:05 PM
hmmm kan je la..


Quote toynme 26-8-2022 05:31 PM
ada tgk la tgk fb someone anak dia autism...mmg tantrum teruk la and dia ni fames juga....dia pun tak agree asyik show pasal tantrum...mcm pergunakan anak je...and dia kata bkn 24 jam dorang ni tantrum...
Quote kucing_gebu 28-8-2022 01:15 AM
Naik meluat dgn zarina ni. Helloooo byk lg hal positive yg ada pd anak autisme la. Bkn tantrum semata2. Fokus la keistimewaan dia pulak
Quote LadyCarefree 28-8-2022 01:27 AM
Cukup taim pi bekesyen ke siam sana. Kehkeh
Quote Hazelnut99 28-8-2022 01:32 AM
Just curious nk tau, anak2 autism yg dh besar ni kalau dikurung dgn pmpuan dlm 1 rumah, diorang ada potensi utk merogol x?
Quote LembingDayanti 28-8-2022 03:21 AM
iya geli tak habis2 guna anak.
Quote dejure 28-8-2022 03:22 AM
Yg pelik tu siap sempat lg rekod buat video masa anak tgh mengamuk.nangis2 juga tangan dok sempat rekod video.dlm kereta mcm tu juga.mula2 tu rasa kesian juga lama2 dh meluat pula tgk.baik kau jaga la kualiti pulut kuning kau tu cik oiii..lg bgs.dah la pulut skg semua jelantah,rendang hangit.mula2 aje kau ok jual pulut rendang kau tu.
Quote 3chanceno 28-8-2022 07:20 AM
Dia menafikan macam orang lain tak boleh lihat & menilaikan sendiri  selagik ramai tollowers, dia tak akan stop buat anak2 sebagai content
Quote lee_sakura 28-8-2022 07:44 AM
dejure replied at 28-8-2022 03:22 AM
Yg pelik tu siap sempat lg rekod buat video masa anak tgh mengamuk.nangis2 juga tangan dok sempat re ...

batul apa kata uols, mcm tepon berjahit ngan tangan plak gayanya
Quote vender 28-8-2022 07:54 AM
dejure replied at 28-8-2022 03:22 AM
Yg pelik tu siap sempat lg rekod buat video masa anak tgh mengamuk.nangis2 juga tangan dok sempat re ...

Betul tu. aku beli rendang dia time jual awal2 dulu mmg sedap. Walaupun dia pakai daging kotak tp still boleh diterima
BAru2 ni beli yg retote tu hampeh sungguh rasanya..
Quote Pak.dolla 28-8-2022 07:54 AM
.
.
Lembaga terpaling lagi dasat...guna kaki, tgn, rambut anak utk but content...yg lg gedik hari² buat content gedik² bodoh dgn bininya pak ostad...
Depa ni semua dh selevel belut letrik dan tokbida

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056448 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top