Penyokong Najib, Datuk Seri Said Nazar Abu Bakar menafikan lelaki misteri bikin kecoh di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mempunyai sebarang kaitan dengan mantan Perdana Menteri itu.
“Kita tidak kenal dia. Sepanjang kami mengikuti kes Datuk Seri Najib selama empat tahun, ini kali pertama lelaki itu muncul. “Kita tidak tahu apa motif lelaki itu berbuat kecoh di sini. Dia buat bising di atas sebab itu kita suruh di turun ke sini. “Kita tidak pasti dia waras atau tidak, atau dia diupah oleh sesiapa. Kita tidak mahu disebabkan lelaki ini penyokong Bossku akan dipandang serong. Jangan salah anggap,” kata Said Nazar yang lengkap bersongkok tinggi.
Semalam, media melaporkan lelaki berkot hitam berkotak-kotak terbabit pada mulanya menimbulkan kekecohan di lobi Mahkamah Tinggi yang terletak di tingkat empat. Dia kemudiannya dihalau penyokong Najib dari kawasan berkenaan kerana bimbang tindakannya itu memberi gambaran buruk terhadap Najib dan juga kepada penyokong 'Bossku'. Lelaki itu bagaimanapun keluar dari kompleks mahkamah dan mula membuat bising di perkarangan bangunan tersebut dan tidak menghiraukan kehadiran anggota polis bertugas mengawal keadaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan polis mendapati suspek merupakan seorang guru dan dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental. Katanya, pihaknya akan memanggil lelaki itu untuk diambil keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana memberi ucapan dengan niat mengganggu keamanan. Sumber: MalaysiaGazette
|
Belibis replied at 25-8-2022 04:27 PM
Ingatkan razi jidin..salah orang ropenya.
Belibis replied at 25-8-2022 04:27 PM
Ingatkan razi jidin..salah orang ropenya.
ADVERTISEMENT