Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik untuk memiliki zuriat mereka sendiri walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Baru-baru ini, satu perkongsian di Twitter oleh seorang doktor mendedahkan seorang wanita yang bergelar isteri datang berjumpa dengannya untuk menggugurkan kandungan hasil hubungan terlarang. Wanita yang sudah berkahwin selama lima tahun dan tidak pernah mengandung itu mendakwa dituduh mandul oleh suaminya sendiri sedangkan uaminya itu juga tidak pernah ikut melakukan pemeriksaan kesuburan. Tambah wanita berusia 32 tahun itu, cemuhan yang sering diterima membuatkan dirinya bertindak nekad menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang lelaki sehingga terlanjur dan mengandung. Namun, difahamkan doktor tersebut enggan menggugurkan kandungan itu dan merujuk mereka kepada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan melontarkan pelbagai pandangan.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|