"Kalau dia pakai tudung sebab suami suruh buat apa?"
Datuk Yusry Abdul Halim menjelaskan dia bukan penyebab Datin Lisa Surihani berhijrah, sebaliknya ia dilakukan atas kehendak sendiri sebaik pulang daripada ibadah umrah beberapa tahun lalu. “It’s all her, itu apa yang dia mahu dan tiada gunanya kalau awak buat sesuatu tu bukan kerana Allah SWT.
“Jadi itu yang dia nak dan buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata... eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu,” katanya kepada mStar. Malah, aktiviti lakonan juga dikurangkan atas kehendaknya sendiri. Dalam masa sama, Yusry menegaskan dia enggan mengambil kredit atas usaha baik dan murni orang lain. "Saya merestui kehendaknya. Apa yang dia nak, saya tidak pernah melarang. Lainlah dia buat benda tak elok," ujarnya. - CARI |
lasagna replied at 26-8-2022 09:53 AM
iols rse yuci jenis tak bape kesah pun sbb dia mmg crush dgn lisa kot dedulu, anak pun dah dua ketul ...
jerukkedondong replied at 26-8-2022 08:13 PM
Heh anak depa bukan dah 3 ketul ke
ADVERTISEMENT