CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dijangkiti Covid-19, Cacar Monyet Dan HIV Serentak Selepas Pulang Bercuti

25-8-2022 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 558| Komen: 5

Sicily: Seorang lelaki berusia 36 tahun, diuji positif Covid-19, cacar monyet dan HIV selepas pulang bercuti di Madrid.

Lelaki berkenaan dimasukkan ke hospital selama lebih dua minggu sejak 5 Julai di hospital San Marco, Universiti Catania.

Keadaan kesihatannya bertambah baik dan dia telah dibenarkan keluar.

Ia akan menjadi kes pertama jangkitan serentak cacar monyet, Covid-19 dan HIV dan menjadi pusat kajian oleh penyelidik British, lapor majalah perubatan Journal of Infection.

Foto: Reuters

Lelaki berkenaan yang kembali ke Catania dari bercuti di Sepanyol, berasa tidak sihat.


Dia mengalami demam, sakit tekak dan sakit kepala serta nodus limfa inguinal membengkak.

Disebabkan itu, dia menjalani ujian calitan yang kemudian mengesahkannya positif Covid-19.

Namun, muncul ruam di lengannya sebagaimana gejala pesakit cacar monyet.

Pada 5 Julai, selepas mengakses bilik kecemasan, dia kemudian dimasukkan ke hospital dan ditempatkan secara berasingan di unit operasi kompleks penyakit berjangkit San Marco.

Diagnosis tiba pada hari berikutnya, selepas ujian khusus dijalankan.

Lelaki itu memberitahu doktor dia melakukan hubungan seks tanpa perlindungan semasa bercuti di Sepanyol, menyebabkannya diuji untuk penyakit kelamin yang kemudian mendapati dia turut positif HIV, selain positif Covid-19 dan cacar monyet.

Ketika ini, lelaki berkenaan dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari hospital dan sedang menjalani terapi antiviral untuk HIV.

Selepas 14 hari pesakit masih diuji positif untuk cacar monyet, walaupun tiada sebarang gejala dapat dilihat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 26-8-2022 02:25 PM
One night stand kah? Kekdah i want to live wild and free skali dpt semua hahaahha
Quote zarulnazmi 26-8-2022 11:34 AM
Suka sangat mencelup tak pasal-pasal diserang Mr Virus dari Sindiket Blue Dream.
Quote nurul_akmar 26-8-2022 09:22 AM
wow... 3 serangkai versi moden
Quote Belibis 25-8-2022 08:21 PM
Terus dapat super kombo dari beksin ka apa?
Quote Perawankota 25-8-2022 08:18 PM
Seramnya.. Sekali kena byk penyakit terus

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.023318 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top