CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick Dedah Berlakon Bawah Pengaruh Ubat Depresi

25-8-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1653| Komen: 7

Janna Nick mendedahkan cabaran yang sangat berat dihadapinya sewaktu menjalani penggambaran filem, Juang.

Sewaktu melakonkan filem sarat emosi itu, Janna mendedahkah dia sebenarnya sedang berada dibawah pengaruh ubat anti depresi.



IG Janna

Katanya lagi, situasi tersebut menjadikan dirinya agak tertekan lebih-lebih lagi apabila perlu memaksa diri untuk menghayati setiap babak yang telah dipertanggungjawabkan.

“Kalau bercakap mengenai cabaran untuk menunjukkan perasaan ketika membawakan watak berat ini, saya tak biasa untuk menilai dan tak reti nak mengagungkan lakonan saya sendiri.


“Nak dijadikan cerita, ketika penggambaran filem ini, itu adalah kali pertama saya mengambil ubat bipolar. Sejujurnya saya memang sangat kecewa.

“Pada waktu itu, saya memang tiada perasaan langsung dan saya kena paksa emosi itu keluar sebab saya dah makan ubat anti depresi untuk menghentikan segala rasa dalam diri.

“Bayangkan dalam keadaan sebegitu, saya kena berlakon serta wajah sugul dan sembab yang ditunjukkan dalam filem ini memang real. Mata saya itu pun bukan dibuat-buat,” katanya kepada MH.



Penyanyi lagu Gatal ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Juang yang berlangsung di Pavillion pada Selasa.

Dalam pada itu, Janna memaklumkan situasi tersebut sememangnya sudah diketahui pengarah dan penerbit.

“Pengarah dan penerbit memang tahu mengenai perkara ini. Ada babak yang saya request untuk buat sekali lagi sebab saya sangat kecewa kerana tak boleh sampaikan watak itu dengan baik disebabkan pengaruh ubat tersebut.

“Bagaimanapun, pengarah mengatakan lakonan saya okay. Namun, saya sendiri tak tahu keadaan saya waktu itu. Apa yang kalian tengok ini adalah usaha yang sudah saya buat sehabis baik. Sebelum ini, saya tak pernah rasa tension seperti ini,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, disebabkan kesan yang melampau, pelakon asal Sungai Petani, Kedah ini memutuskan untuk berhenti daripada mengambil ubat tersebut selepas dua bulan bagi memastikan kerjaya seninya tidak terganggu.



“Memang betul sebab keadaan seperti ini sangat mengganggu kerja-kerja saya. Walaupun saya hanya mengambil ubat tersebut sebelum tidur, tapi kesannya adalah 24 jam dan saya akan tiada perasaan sepanjang hari.

“Ia juga buatkan saya amat mengantuk. Setiap kali director cut, saya akan tidur. Saya dah macam mayat bergerak. Saya jalani penggambaran dalam keadaan saya yang kurang stabil.

“Saya mengambil ubat tersebut selama dua bulan dan ketika penggambaran filem ini, itu adalah dua minggu yang pertama. Orang yang pernah mengambil ubat anti depresi dos pertama ini, mereka akan tahu betapa kuat kesannya.

“Sebelum saya putuskan untuk berhenti, saya dah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan bagitahu ubat yang sebelum ini tak sesuai dengan kerja saya. Kalau nak tukar ubat lain pun tak boleh juga. Jadi, saya berhenti,” akhirinya.



Terdahulu, Juang merupakan filem yang mengangkat kisah perjuangan dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang betungkus lumus menjaga keselamatan negara sewaktu krisis pandemik Covid-19.

Filem ini diarahkan oleh lima pengarah terkenal iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia serta Osman Ali.

Selain Janna, Juang turut dibintangi pelakon-pelakon ternama tanah air seperi Zizan Razak, Zul Ariffin, Sangeeta, Steve Yap dan ramai lagi.

Juang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 8 September ini.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 25-8-2022 08:22 PM
Pengarah semua power.. Harap2 jalan cerita power la
Quote DeLuna85 26-8-2022 03:04 AM
Gemuk tapi Comel.
Quote QueenIsolde 26-8-2022 08:54 PM
Apa yg dia stress sgt pun tak tau la..hidup dia walaupun penuh depression/ broken family tp tetap lebih baik drp org lain. Kena belajar bersyukur sikit. Papepon moga sheols cepat sembuh.
Quote Buritan 26-8-2022 08:57 PM
QueenIsolde replied at 26-8-2022 08:54 PM
Apa yg dia stress sgt pun tak tau la..hidup dia walaupun penuh depression/ broken family tp tetap le ...

Bende ni susahsikit sis.. cam saya patut happy je.. ade keje.. somi baik... somi bkn bewak.. tp i stress.. adekala rasa hidup dah ok dah.. Allah bg yg  baik baik je kat aku.. tp Allah bg aku stress.. itu namanya manusia ni tak sempurna..
Quote armin 26-8-2022 09:08 PM
QueenIsolde replied at 26-8-2022 08:54 PM
Apa yg dia stress sgt pun tak tau la..hidup dia walaupun penuh depression/ broken family tp tetap le ...

Depression or bipolar ni tak boleh kawal. Dia macam u ada sakit jantung or buah pinggang or kencing manis. Mana u boleh kawal kecuali u amik ubat. Kalau sakit bipolar ni lebih pada terlebih hormon atau terkurang hormon yg menyebabkan emosi tu takleh dikawal, so jadi lah macam tu.. bila sedih, sedih sgt. Bila happy, happy sgt. Dia bukan xbersyukur ke tak. U tak boleh nak kawal hormon dlm badan ni.
Quote QueenIsolde 26-8-2022 10:26 PM
Buritan replied at 26-8-2022 08:57 PM
Bende ni susahsikit sis.. cam saya patut happy je.. ade keje.. somi baik... somi bkn bewak.. tp i  ...

Tahla, iols cuba memahami jannah ni. Mmg iols tau dia bipolar stress sume. Rasanya sume org ada masalah sdiri but like i've said..dia tetap lebih baik drp sesetengah org. Bygkan klu org yg ada bipolar/ depression tp keje gaji cukup2 makan, rupa takde gundu, family lak broken. Gitu la sis perumpaan iols. Tp ye la who am i to judge kann..
Quote QueenIsolde 26-8-2022 10:28 PM
armin replied at 26-8-2022 09:08 PM
Depression or bipolar ni tak boleh kawal. Dia macam u ada sakit jantung or buah pinggang or kencin ...

Ye la chuols..my bad.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.043818 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top