CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kemarau' Lelaki Di Muka Bumi

18-8-2015 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9290| Komen: 33

Oleh Izzah Abbasy

Lelaki kian pupus di muka bumi ini? Menurut laporan BH Online, yang memetik daripada Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita. Betul ke lelaki lebih ramai berbanding wanita? Seakan tidak percaya.

Tetapi, lain pula di Australia, wanita lebih ramai daripada lelaki. Memetik laporan berita di Sydney pada September 2010, Australia kini berhadapan dengan masalah 'kemarau lelaki' apabila jumlah penduduk wanita semakin meningkat dan sukar mencari lelaki yang baik.

Menurut kajian terbaru oleh seorang tokoh demografi, sejak negara ini dijajah oleh Britain kira-kira 200 tahun lalu, Australia mempunyai tradisi mengalami ketidakseimbangan jantina, apabila pada waktu itu jumlah lelaki adalah lebih ramai daripada wanita.

Menurut penulis, Bernard Salt, apabila penawaran berlebihan terhadap testosterone pada 1990-an, keadaan mula berubah menyebabkan wanita-wanita bujang berusia dalam lingkungan 30-an hairan kemana perginya lelaki-lelaki yang ramai itu.

" Pada tahun 1976, lelaki berusia 30-an di Australia mengatasi wanita sebanyak 54,000 orang. Namun, sejak tahun 1990-an, jumlah itu berubah apabila wanita berusia 30-an melebihi lelaki sebanyak 9,000 orang".

Salt yang menyediakan statistik rasmi dan menjalankan penyelidikan sendiri untuk menerbitkan buku bertajuk Man Drought And Other Social Issues Of The New Century (Kemarau lelaki dan isu-isu sosiol lain dalam abad baru) berkata, "kaum lelaki berkurangan kerana ramai yang berhijrah menjadi buruh di negara luar".

" Pemuda-pemuda kita, harapan negara dan mereka yang bercita-cita tinggi kini lebih tertarik untuk berhijrah ke negara luar," katanya.

Jelas Salt, kira-kira lima peratus iaitu antara 750,000 hingga satu juta penduduk Australia telah meninggalkan negara ini untuk merantau ke negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Hong Kong dan Emiriah Arab Bersatu.


Kekurangan lelaki tidak bermakna ia pupus. Lelaki kini lebih suka merantau ke negara lain untuk mencari pekerjaan yang lebih bagus. - CARI Infonet

4

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cluesan 5-9-2008 09:48 AM
Jom pi melancong. Visit Australia 2008/2009.
Quote adik^shinoda 5-9-2008 10:04 AM
pas raya ni kena pindah australia la nampaknye..
Quote silencekiller 6-9-2008 02:03 AM
canteeekk..rezeki jgn ditolak
Quote amazed 6-9-2008 07:41 AM
Originally posted by cluesan at 5-9-2008 09:48 AM
Jom pi melancong. Visit Australia 2008/2009.



jom......

ni ler masanya dapat paw ramai awex....  
Quote azz_azza 6-9-2008 01:53 PM
mod nk ikut
Quote rebecca_nur 6-9-2008 04:15 PM
amazed ni lelaki ke? ingat aweks
Quote gelupur 6-9-2008 09:50 PM
ingat nak migrate sana
Quote amazed 7-9-2008 12:34 AM
Originally posted by azz_azza at 6-9-2008 01:53 PM
mod nk ikut




aikkk... kalu ko ikut aku... camno aku nak tekel.. awex ostolia.....   

aku tak jadik pi sana ler... baik aku  merenderk dgn azza aje  kat tasik shah alam......   DEAL? :handshake:

aku rindu ko ler azza...  lama tak masuk gedik gedik kat sembang tu..... tapi tak ler sebanyak ko ghendu aku....kan  kan kan..



ko kirim salam sayang aku pada  julia dan syida dan mod blek....
salam macho aku pada amet laling dan agul...
dan salam chenta kasih kat  satu worang nih.... nama azza ..    jadik!!!
Quote amazed 7-9-2008 12:36 AM
Originally posted by rebecca_nur at 6-9-2008 04:15 PM
amazed ni lelaki ke? ingat aweks



LMFAO... ko nih... macho macam ni ko kata awex....  cisssssssss  :@   

jom datang s alam... boleh pergi SACC dgn gang2 awex aku...  
Quote batunilam4a 11-9-2008 10:48 AM
aku mmg nak gi ostolia ni...kalo x ujung tawon....taon depan...

best ni best.....
Quote derose83 11-9-2008 11:04 AM
kat Malaysia ni pun perempuan lebih banyak dari lelaki.pilih la yg mana berkenan di hati.
Quote azz_azza 11-9-2008 10:58 PM



sekret resepi


nk kedit


jom la sembang kat sane
Quote amazed 12-9-2008 08:20 AM
Originally posted by azz_azza at 11-9-2008 10:58 PM



sekret resepi


nk kedit


jom la sembang kat sane



ye lorrr   kan azza janji nak banjer aku sickrat resipi kat SACC kan..
dah 4 taon ko janji....   nanti bukak posa sana  wokeyyyy  tu pun kalu ko posa....

nanti aku pi singgah sana - ghendu dgn kawan2 sumer.... mahap lama tak singgah...  aku OT banyak gak  pastu bila masuk tak sempat gi meds... tapi this time aku musti singgah  jumpa kawan2 sumer...

btw aku tak pi ostolia pun... ada awex cung kat sini  ek...   tu pung kalu laling amet dan agul tak songlap dulu    
Quote nazim5123 12-9-2008 09:55 PM
tanda dunia nak kiamat ........
Quote azz_azza 13-9-2008 03:55 PM
ekeke...


tebalik:@

pose ler  xpose pon ape salahnye belanje

ngendeng la kt amet laling ole2
Quote amazed 13-9-2008 03:57 PM
posa sekerat ari ler tu... tak pung suku hari....
esok posa lagi tiga suku hari...  maka:   jadi ler posa penuh..

bijak lak aku ari ni dalam ilmu hisab ... ilmu hisap pung bijak gak..   
Quote azz_azza 13-9-2008 05:59 PM
ait:@ :@ :@


gedik nih:@
Quote apples_oranges 15-9-2008 08:37 PM
hahaha...mula2 tu aku bace australia kemaruk lelaki
Quote amazed 15-9-2008 09:13 PM
Originally posted by azz_azza at 13-9-2008 05:59 PM
ait:@ :@ :@


gedik nih:@




mana ada gedik....  siyes ler tu... tu aku tulis ada bab2 agama gak aper....  !!  

bila ni  azza nak banjer  bukak posa nih...  aku dah posa 4 hari nih... tak dapat pung bukak posa ngan azza lagi.... nak rasa gak sikret resipi tu..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.082454 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top