CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lengkap Tilam, Bantal,Langsir- Gelandangan Buat Bilik Di Jejantas

25-8-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2180| Komen: 9

BANGKOK: Seorang gelandangan mendapat perhatian meluas daripada pelbagai pihak selepas mengubah sebahagian daripada jejantas pejalan kaki menjadi ‘bilik persendirian’.


Perkara itu mula tular selepas seorang pengguna TikTok memuat naik satu video yang menunjukkan keadaan jejantas berkenaan yang diubah menjadi bilik oleh seorang lelaki gelandangan.

Foto: The Thaiger

Lapor thethaiger, bilik itu dilengkap dengan tilam gabus, bantal dan langsir.

Selain itu, beberapa cawan plastik turut ditemukan, dipercayai digunakan oleh lelaki gelandangan itu untuk meminta sedekah daripada pejalan kaki yang melalui jejantas tersebut.


Namun, tidak lama selepas video itu tular, jejantas tersebut diserbu pihak berkuasa dan bilik gelandangan terbabit dirobohkan segera.

Menerusi media sosial, kebanyakan pengguna menyifatkan ‘bilik’ berkenaan agak selesa, biarpun pejalan kaki lalu-lalang di sana.

Malah, ada pengguna yang menyifatkan mereka seperti ‘masuk ke rumah orang’ ketika melalui jejantas berkenaan sehingga mencetuskan rasa tidak selesa.

Media tempatan melaporkan, gelandangan berusia 60 tahun itu mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan bilik berkenaan secara berperingkat. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 25-8-2022 04:58 PM
https://www.tiktok.com/@jittakor ... 7117877121737115138
[tiktok]7117877121737115138[/tiktok]
[tiktok]7132436410111479067[/tiktok]
Quote glump 26-8-2022 03:14 AM
Tadi baru ternampk ada gelandangan jadikan bus stop sebagai tempat tinggal .siap ada langsir keliling lagi
Quote WeAiNe 26-8-2022 03:46 AM
bersih kemas je bilik dia berbanding sesetengah orang
rumah elok molek tapi jenis pengotor dan pemalas
Quote supernaturalee 26-8-2022 05:16 AM
Lorrr kt corner tmpt turun tangga

Quote sukacactus 26-8-2022 05:56 AM
Another level of homelessness
Quote ultra78 26-8-2022 06:48 AM
Siap ikat langsir tu tak tahan tu.
Quote nurkasih74 26-8-2022 07:01 AM
glump replied at 26-8-2022 03:14 AM
Tadi baru ternampk ada gelandangan jadikan bus stop sebagai tempat tinggal .siap ada langsir kelilin ...

Kat mana pulak tu?
Quote cattiecute 26-8-2022 01:24 PM
ultra78 replied at 26-8-2022 06:48 AM
Siap ikat langsir tu tak tahan tu.

siap berbunga lagi. boleh masuk dalam group "deco apa harini".

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.072220 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top