|
“Tengoklah sendiri, saya menyanyi berdiri tegak tak gelek pun orang kecam kata saya propa acah baik dan suci.” Demikian respons spontan penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima berhubung kecaman netizen yang tidak henti-henti diterimanya ketika menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini.
Shima berkata, dalam undangan persembahannya di Perak baru-baru ini, dia membuat keputusan untuk tidak mahu bergelek ketika menyanyi lagu Pura-Pura Bujang selepas teruk dikecam netizen sebelum ini berhubung isu tarian gelek melampau. “Memang saya menyanyi dalam keadaan berdiri tegak tanpa gelek seperti biasa anda lihat tu.
“Saya ambil positif teguran semua pihak dan ambil pendekatan untuk menyanyi saja tanpa gelek. Namun, itu membuatkan peminat kecewa dan ada yang marah saya usai persembahan. “Kesudahannya anda tengok sendiri, saya tetap kena marah dan dikecam juga. Apa salah saya dan apa apa yang mereka mahukan sebenarnya?,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.089165 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.