CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ewal Putus Tunang Dengan Adik Rody Kristal

25-8-2022 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3073| Komen: 4

Ewal mendedahkan hubungan cinta bersama Nur Syuhada Baharuddin sudah berakhir dan memutuskan untuk menamatkan ikatan pertunangan di antara mereka.

Ewal atau Ikhwan Hafiz Ismail, 30, berkata, buat masa ini perkara itu masih belum mendapat kata putus daripada keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan dia sendiri tidak menyuarakan hasrat terbabit kepada mereka.

Bagaimanapun kata Ewal, sebagai lelaki dia akan membuat keputusan sama ada meneruskan ikatan tersebut mahupun sebaliknya.

Foto: IG

"Menamatkan hubungan ini adalah sebagai jalan terbaik namun hal ini bersangkut paut dengan keluarga.


"Jujurnya keputusan ini sangat berat kerana kami berdua bukan kenal setahun dua tetapi sudah berkawan sejak berusia 12 tahun," katanya kepada mStar.

Ewal bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca dia ingin meleraikan ikatan pertunangan berkenaan.

"Apa yang boleh saya katakan, saya single sekarang. Bukan kata saya tak mampu berdepan dengan ikatan pertunangan dan perkahwinan tetapi pada saya aturan Tuhan itu lebih cantik.

Meskipun tiada sebarang kata putus rasmi tetapi secara perlahan-lahan, kami masing-masing sudah bawa haluan sendiri," ujarnya.

Foto: IG

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Kristal itu tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan Nur Syuhada suat hari nanti kerana perkara itu bukan terletak di tangannya.

"Saya tidak berani nak cakap macam mana, kalau Allah terbalikkan hati saya kata hendak kahwin dan bertemu jodoh dengan Nur Syuhada.

"Buat masa ini saya tak pasti tetapi jika ada jodoh saya tidak menolak," katanya.

Sementara itu, Ewal menjelaskan hubungannya dengan Rody tidak terjejas meskipun mengambil keputusan memutuskan ikatan pertunangan dengan adik gitaris kumpulan Kristal tersebut.

"Kami bekerja secara profesional dan sudah saling berbincang. Saya tiada masalah atau perkara ini memberi kesan kepada Kristal. Kami ada berjumpa," jelasnya.

Ewal mengikat tali pertunangan dengan Nur Syuhada, 34, pada 2021 dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga terdekat. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-8-2022 03:57 PM
Salam takziah.
Quote dudaberhias 25-8-2022 04:01 PM
sejenis ke ni?
kurlast siap bertunang2 dah sekarang...
Quote BellaThePrinces 25-8-2022 04:26 PM
dudaberhias replied at 25-8-2022 04:01 PM
sejenis ke ni?
kurlast siap bertunang2 dah sekarang...

apakah maksud sejenis ituew....

adda ni dh 2x kawin kan....dah knp btunang pn gagal...
Quote Aneem 25-8-2022 05:23 PM
Dah puas pakai.
Next.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.044172 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top