CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Realiti Strategi Guna Pembuli Siber Untuk Naikkan Nama

25-8-2022 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1127| Komen: 4

Menjadikan kecaman netizen sebagai satu strategi menaikkan nama adalah realiti yang turut berlaku apabila wujudnya pembuli-pembuli siber.


Pengarah dan pelakon, Khir Rahman berkata, individu yang mahu menaikkan nama dengan cara tersebut tidak peduli dengan hal yang mengundang kecaman.


IG Khir

"Seperti sudah jadi strategi, ada yang buat sesuatu perkara untuk dapat kecaman, selepas itu dia akan diperkatakan kemudian nama akan naik. Dia memang buat untuk mendapat perhatian.

"Sebab itu, bila ada orang yang membabi buta membuat tindakan membuli siber dan sebagainya, ada orang yang akan menggunakan puak ini (pembuli siber). Dia tahu, bila dia buat sesuatu (yang mengundang kecaman), pembuli-pembuli ini akan sampai (serang)," katanya ketika menjadi panelis Program Kompas Rasuah Busters yang membincangkan topik 'Buli siber jadi barah' disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Rabu.


Dalam pada itu, Khir berkata, apa yang lebih membimbangkan dalam isu buli siber adalah tindakan buli secara halus melalui komen-komen biasa misalnya berkaitan fizikal.


IG Khir

"Mereka ini tidak bersifat pembuli tetapi hanya komen tentang sesuatu yang dia rasakan tidak kena. Contohnya komen tentang berat badan seseorang. Ini dibimbangi akan beri tekanan dan impak secara senyap kepada tuan punya badan disebabkan rasa rendah diri dan sebagainya," ujar beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 25-8-2022 01:54 PM
Contoh hajjah lembaga...
Quote prince_marhaen 25-8-2022 02:27 PM
selalu yang 'memintakkkk' ni memang jenis muka tembok tak peduli orang cakap apa....takdenya nak depress ke apa....macam bapok alip kri tu....muka mintak terajang anak beranak....
Quote umbut 25-8-2022 03:07 PM
Lagi kecam lagi masyukkk lagi glamour lagi byk permintaan duta bagai.. contohnya nabila razali, baby shima,eyka,jana,daiyan dll... kecamlah lagi sikit pun x terkesan kalis makian
Quote stingergrumpy 25-8-2022 06:17 PM
Wa caya lu bro khir rahman

Sore gempak...anytime bertingket tingket dari patah kayu iteww..

[youtube]cpAwcWR9Dkc[/youtube]

Syabas

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.036289 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top