Lelaki di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur terpaksa menahan malu mendapatkan bantuan bomba mengeluarkan cincin yang dimasukkan pada alat sulitnya.
Suara.com pada Isnin melaporkan, Pasukan Penyelamat Agensi Pengurusan Bencana Serantau (BPBD) Sidoarjo menerima panggilan kecemasan dan sejurus tiba, mereka mendapati mangsa sedang mengerang kesakitan kerana sebentuk cincin tersekat pada kemaluannya. Ketua Balai Bomba BPBD Sidoarjo, Nawari berkata, selepas beberapa ketika cuba mengeluarkan cincin itu dengan penuh berhati-hati, ia akhirnya dapat dikeluarkan.
“Ya, benar kami ada menerima laporan tersebut dan mangsa telah diselamatkan. “Cincin itu cuba dipakai pada alat sulit mangsa ketika dia sedang mandi,” katanya. Sebelum ini, kes serupa turut berlaku di Blitar, juga dalam wilayah Jawa Timur pada Mac lalu apabila seorang pemuda pergi ke balai bomba setempat untuk meminta bantuan mengeluarkan sejenis logam pada alat sulitnya. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT