CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru 5 Hari Bebas, Bekas Banduan Rogol Ibu Dan Anak Bergilir-gilir

25-8-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1132| Komen: 0

Baru lima hari dibebaskan, bekas banduan sekali lagi dijatuhi hukuman penjara gara-gara selepas merogol seorang ibu dan anaknya.

Joshua Carney dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika menceroboh rumah mangsa di Cardiff, Wales dengan menggugut menggunakan senjata sebilah pisau.



Menurut laporan Daily Star, suspek memukul kepala si ibu sebelum melakukan serangan seksual pertama terhadap wanita terbabit.

Manakala mangsa kedua yang merupakan gadis berusia 14 tahun mengambil peluang dengan lari ke bilik dan dikatakan sempat mengunci dirinya di dalam kamar dan kemudiannya menghubungi pihak polis.


Carney kemudian menggugut untuk membunuh kedua-dua mangsa jika mereka tidak memberikan kerjasama menyebabkan si ibu menyuruh remaja itu membuka pintunya.

Selepas pintu terbuka, kanak-kanak itu melihat suspek dalam keadaan berbogel.

Lebih kejam apabila suspek kemudian memaksa kedua-dua mangsa menyaksikan dia memperkosa mereka secara bergilir-gilir di dalam bilik tidur rumah terbabit.

Ketika merogolnya, lelaki itu berkata kepada ibunya ‘Perhatikan saya, lihat apa yang saya lakukan kepadanya’.

Susulan daripada itu, suspek ditahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.141368 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top