Bekas penyanyi rap, Altimet berpandangan seseorang wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) perlu tinggal di kawasan yang diwakilinya bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
Beliau yang kini menceburi bidang politik berkata, tanpa berbuat demikian, wakil rakyat tersebut tidak akan mengetahui keperluan penduduk di situ. “Kalau anda tak tinggal di kawasan anda menjadi wakil rakyat, macam mana anda nak peka dengan keperluan di situ?” soalnya yang kini merupakan Ketua Cabang PKR Ampang. Altimet berkata demikian dalam episod ketiga On The Way Sinar Harian, satu program sembang santai dalam kereta dikendalikan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2021, Fazziq Muqris sebagai hos.
Ketika menjawab soalan Fazziq kenapa bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Ampang walhal beliau dilahirkan di Petaling Jaya dan dibesarkan di Subang Jaya, beliau menjawab mudah, “Sebab saya tinggal di Ampang.” Jelasnya, perlu ada satu pemikiran baharu iaitu perlu berkhidmat dan memberi sumbangan di tempat kita bermastautin. “Katakan anda ahli Parlimen di Ampang, buat apa anda nak duduk di Shah Alam? “Anda tak tahu apa yang jadi dekat Ampang, walhal anda wakil rakyat,” soalnya. Selain itu jelasnya, dengan tinggal di kawasan sendiri, wakil rakyat lebih mengenali penduduk di sana, peka dengan keperluan mereka dan mengetahui kelebihan serta cabaran kawasan tersebut. Episod ketiga On The Way: Rap untuk rakyat bersama Altimet boleh ditonton di laman YouTube Sinar Harian. Program tersebut ditaja oleh MN Wheels Mitsubishi Sdn Bhd. Sumber: Sinar Harian
|
AbukRokok replied at 25-8-2022 01:10 PM
budak ni yal la
KamikuP replied at 25-8-2022 03:54 PM
Bang Non duduk KL tapi MP PD acaner tu?
KamikuP replied at 25-8-2022 03:54 PM
Bang Non duduk KL tapi MP PD acaner tu?
supernaturalee replied at 25-8-2022 05:34 PM
tun pun duduk ke kt langkawi nu
pinggan replied at 25-8-2022 06:54 PM
Habis Tengku Razaleigh tu? Ingat dia nak duduk kat Gua Mustang tu? Mmg tak la. Geng2 adun/mp yg waki ...
AbukRokok replied at 25-8-2022 01:10 PM
budak ni yal la
KamikuP replied at 25-8-2022 03:54 PM
Bang Non duduk KL tapi MP PD acaner tu?
ADVERTISEMENT