CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis ‘Berkas’ Nenek Usia 100 Tahun Tunai Hajat Hari Jadi

25-8-2022 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2046| Komen: 16

Polis Australia ‘menahan’ seorang nenek berusia 100 tahun pada majlis  sambutan hari lahirnya bagi memenuhi hasrat warga emas itu sendiri, lapor laman berita LadBible kelmarin.


Bekas jururawat tentera, Jean Bickenton, dikatakan mempunyai hasrat yang belum ditunaikan selama ini, iaitu diberkas polis.


LADBible

Justeru, ketika hari lahirnya yang ke-100, sepasukan polis ‘dikejarkan’ ke pusat jagaan Narracan Gardens Residential Aged Care bagi menunaikan hasrat wanita berkenaan.

Menurut Bickenton, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah mabuk, ditahan, kehilangan lesen memandu atau melanggar mana-mana undang-undang.


“Saya terkejut apabila anggota polis tersebut bertindak dengan lemah-lembut. Namun, mereka agak besar untuk saya,” katanya.

Sementara itu, polis negeri Victoria pada akaun Facebook berkata, sebaik sahaja mendapat tahu mengenai hasrat Bickenton, mereka teruja untuk menjadikannya satu kenyataan.

Sejurus tiba di kemudahan jagaan warga tua tersebut, polis memberitahu penghuni lain bahawa ia merupakan rancangan sambutan hari lahir bagi memastikan tiada sebarang masalah akan timbul.

“Menurut Bickenton, ia merupakan satu daripada sambutan ulang tahun kelahirannya yang terhebat. Kami rasa berbangga kerana dapat membantu menjadikan impiannya satu kenyataan,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 25-8-2022 02:28 PM
dah beratus tahun pun masih kinky feeling-feeling dikasari polis ye nek...
Quote umbut 25-8-2022 02:35 PM
Nek impikan diberkas dan digomol abg pulis
Quote sharlenetexas 25-8-2022 03:26 PM
Nenek ni kinky ke?


Quote SedihPedih 25-8-2022 03:27 PM
amboi makcik...
Quote jfq 25-8-2022 03:30 PM
Susah gak jadi law abiding citizen ni
Quote dudaberhias 25-8-2022 03:34 PM
amboiii kurlast ko nek... tapi bagus la dia nak merasa sesekali di berkas abam polis muda nan herlokkk... tapi jangan risau nek tu dah tak bernafsu... dah menopos dah pun... cukup la dia hidup aman2 agittewww masa muda dulu pelbagai kuih muih dan lauk pauk dia dah rasa... takat dua abam polis ni dia pandang sebelah mata je...
Quote ninja9 25-8-2022 03:42 PM
prince_marhaen replied at 25-8-2022 02:28 PM
dah beratus tahun pun masih kinky feeling-feeling dikasari polis ye nek...

penting untuk adanya ghairah untuk terus hidup... tak hairan umur boleh sampai seratus
Quote Mooverine 25-8-2022 03:44 PM
Masih nampak muda nenek ni ahhh.. tak nampak mcm dah 100 tahun
Quote makneng 25-8-2022 04:49 PM
Pibeday ninik!!!!
Quote n3ar 26-8-2022 08:44 AM
lain macam fantasi nenek ni
Quote che-cikL 26-8-2022 08:47 AM
Wow, Twenties Girl!
Quote rospinki 26-8-2022 09:00 AM
biarlah cara dia nk hepi2
nkorang tua besok hepi2 nk buat apa?
Quote jfq 26-8-2022 09:10 AM
rospinki replied at 26-8-2022 09:00 AM
biarlah cara dia nk hepi2
nkorang tua besok hepi2 nk buat apa?

Org melayu tak boleh tgk warga tua nak enjoice.
Dah tua2 tak sedar diri suruh dok kat masjid katanya
Quote finding 26-8-2022 09:33 AM
kinky.......?
Quote rospinki 26-8-2022 09:36 AM
jfq replied at 26-8-2022 09:10 AM
Org melayu tak boleh tgk warga tua nak enjoice.
Dah tua2 tak sedar diri suruh dok kat masjid katan ...

ya betul..org muda je layak hepi
sedangkan mati itu tidak kira tua atau muda
nenek ini sempat 100 tahun dan enjoy her birthday.


Quote KIM.K 26-8-2022 11:25 AM
Cerita lama

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052871 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top