CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Graduan Gamatkan Dewan Penangan Persembahan Azlan Typewriter Di Majlis Konvo

25-8-2022 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3578| Komen: 27

Konvokesyen pun boleh bertukar menjadi konsert!

Lihat saja persembahan mantap penyanyi Azlan & The Typewriter baru-baru ini, bergegar habis Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)!


Dalam kemeriahan itu, seorang penonton mencuri perhatian apabila aksinya berdiri menyanyikan lagu berjudul Jangan Khianati Aku secara miming terpapar pada skrin utama di dalam dewan sempena majlis konvokesyen yang sedang berlangsung.


Add Image Caption Here


Walaupun hanya dari tempat duduk penonton, lagaknya yang penuh bertenaga ini tidak ubah seperti penyanyi profesional di pentas.


Bercakap kepada mStar, pemuda itu, Ahmad Fikri Mohd Khairy berkata, dia merupakan antara ribuan graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang hadir ke majlis konvokesyen, pada 15 Ogos lalu.

Graduan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (Alam Sekitar) dari UniKL-Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET) itu memberitahu, dia menamatkan pengajian pada akhir 2019 dan majlis konvokesyen tertangguh selama dua tahun berikutan pandemik Covid-19.

"Jadi, saya bersemangat hadir ke majlis konvo setelah sekian lama menanti. Sebelum masuk dewan, penganjur ada maklum kalau ada muka terpapar kat skrin besar semasa majlis berlangsung, kena beri respons macam lambaikan tangan.



"Tapi bila saya dapat tahun Azlan Typerwriter datang buat persembahan sebagai artis jemputan, bukan setakat lebih bersemangat, malah teruja sangat," katanya kepada mStar.

Ahmad Fikri yang berusia 23 tahun ini memberitahu, dia sememangnya merupakan peminat Azlan &The Typewriter sejak zaman sekolah.

Malah dia mengikuti perkembangan Azlan yang ketika itu menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain sehingga penubuhan Azlan and The Typewriter.

"Azlan menyanyi secara solo lagu Lagu Untukmu dan Jangan Khianati Aku. Sudah tentu, saya ikut menyanyi sama layan lagu.

"Tiba-tiba kawan tegur beritahu wajah saya terpampang di skrin. Jadi, saya terus bangun dan buat aksi secara spontan," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.


Ahmad Fikri bersama ibu bapanya di Dewan Merdeka, WTCKL.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, dia tidak menyangka rakaman yang memaparkan wajahnya di skrin utama adalah lebih lama berbanding penonton lain.

"Terima kasih abang cameraman kerana sporting sangat. Pengalaman pertama kali sebab tak pernah menyanyi walaupun secara miming depan orang seramai itu.

"Saya sendiri tak percaya apa yang saya buat masa tu sebab saya ni malu-malu orangnya. Tapi saya rasa macam dalam konsert dan vokal Azlan pun memang power.




"Mak ayah ada juga di dalam dewan hadiri konvo, mak tengah rakam Azlan menyanyi masa tu. Nasib baik mak ayah sporting tengok saya muncul di skrin," tambahnya.

Ahmad Fikri yang kini menyambung pengajian dalam jurusan sama di peringkat ijazah sarjana muda mengakui keterujaannya berterusan sehingga selesai majlis.


Ahmad Fikri bersama keluarga.

"Saya cuba cari Azlan kot dia masih ada, teringin nak jumpa. Setakat ini, saya belum pernah jumpa dia. Masa Azlan nyanyi tu, berharaplah juga dia turun ke pentas jumpa penonton.

"Pada masa sama, rasa geram tu ada sampai rasa nak ke depan pentas tapi sabar. Kalau Azlan turun pentas jumpa penonton dan hulurkan mikrofon macam selalu artis buat di konsert, memang saya nyanyi betul-betul," ujarnya secara berseloroh.



Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 25-8-2022 12:18 PM
Wow… biasa konvo kt mlysia penuh adat.. nk konsert pun kat pesta konvo ue. Ni dlm dewan dgn ada vip ats stage lg..
Quote ulamalu 25-8-2022 12:21 PM
Convo UA yg proper penuh istiadat.  Convo IPTS mmg mcm concert.
Quote supernaturalee 25-8-2022 12:34 PM
pearl.silver replied at 25-8-2022 12:18 PM
Wow… biasa konvo kt mlysia penuh adat.. nk konsert pun kat pesta konvo ue. Ni dlm dewan dgn ada vip ...

u swasta mmg konvo rajin jemput retis
jac, dayang, ramai lagi lah yg pnh mencemar duli




Quote tepisket.. 25-8-2022 12:34 PM
Btul tu. Ipts punya convo x formal sgt. Sbb canselor diorg tgok la. Kkdg ceo mana2 ntah. Klu ipta canselor dia agong, sultan n sultanah.. so xde la perangai huduh cemni.. g toilet pon kena btau bentara dewa bkn leh suka2 pergi
Quote Orix 25-8-2022 12:35 PM
unikl mmg konvo selalu jemput retis best2... dayang, ruffedge, baby pian.... ok la best... jepun gak senang, xde konvo2 ni
Quote msdummy.2018 25-8-2022 12:37 PM
Somehow i morw respect convo ipta...kita walau abad 20, adat jgn lupa..
Quote KIM.K 25-8-2022 12:38 PM
Orix replied at 25-8-2022 12:35 PM
unikl mmg konvo selalu jemput retis best2... dayang, ruffedge, baby pian.... ok la best... jepun gak ...

Unimas pun gitu. Light show festival mcm konsert alan walker
Quote sukacactus 25-8-2022 12:50 PM
Convo aku dl ada muzik gamelan je
Quote AbukRokok 25-8-2022 01:14 PM
konsert ni takpe tak mengundang kemurkaan Allah
lagipun kami dulu pun layan rock layan2 lilin lampu juga

- lebai wannabe milennial-
Quote ainonymous 25-8-2022 01:15 PM
tepisket.. replied at 25-8-2022 12:34 PM
Btul tu. Ipts punya convo x formal sgt. Sbb canselor diorg tgok la. Kkdg ceo mana2 ntah. Klu ipta ca ...

kannn nyampah sgt. iols kan kaka, masa convo dulu siap dia suruh bukak jubah tu bagai kalau nak pergi toilet. sudahnya aku tahan je kencing sampai habis event.
Quote Thunderclouds 25-8-2022 02:00 PM
sukacactus replied at 25-8-2022 12:50 PM
Convo aku dl ada muzik gamelan je

samaaaaa...kalo ada nyanyian pown kita sundrik yg nyanyi. Lagu uni sajor
Quote nw111 25-8-2022 02:08 PM
ulamalu replied at 25-8-2022 12:21 PM
Convo UA yg proper penuh istiadat.  Convo IPTS mmg mcm concert.

Convo um pun ada concert kan skrg..
Quote putu 25-8-2022 02:20 PM
Konvo zaman sekarang ni memang ad jemput artis ka? Bkn formal ek? Zmn iols dulu ikut protokol yg ditetapkan. Mcm menghormati la gitu
Quote batu kikir 25-8-2022 02:21 PM
Edited by batu kikir at 25-8-2022 02:22 PM

Aku convo kat Aussie pun penuh istiadat tapi ringkas la. Bila bab ada nyanyian.....ada lecturer dari School of Humanities and Performing Arts sesambil memakai academic dress menyumbang suara bukan professional singer mcm kat U local tu.  
Quote putu 25-8-2022 02:21 PM
sukacactus replied at 25-8-2022 12:50 PM
Convo aku dl ada muzik gamelan je

Sama la kita. Mcm muzik pontianak harum sundal malam pun ada. Rsa mcm nk menari. Hihi
Quote pembacagosip 25-8-2022 02:27 PM
best time convo buat gamelan tu la....alahaii rindu
Quote Kurex 25-8-2022 02:39 PM
Iols convo penuh istiadat yach! Diiringi muzik gamelan dan nyanyian koir yg tak selaras langsung ton suara masing2
Quote dekmieDandy 25-8-2022 02:43 PM
time aku konvo dulu, Roy tu yang nyanyi

tapi dia datang hari Chancellor je, hari lain rasanya budak kelab seni je yang nyanyi
Quote jalfa 25-8-2022 02:51 PM
Kalau uitm dulu bebudak uitm yg course seni persembahan je jadik retis

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.095392 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top