CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perdana Menteri Finland Mohon Maaf Tular Gambar Dua Wanita Bercium

25-8-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1413| Komen: 8

Perdana Menteri Finland, Sanna Marin memohon maaf kelmarin berhubung gambar menghairahkan sekali gus kontroversi yang dirakam di kediamannya, kurang seminggu selepas pemimpin berusia 36 tahun itu mengundang kritikan apabila klip video memaparkan dia berpesta menjadi tular.


Gambar yang disiarkan media Finland itu menunjukkan dua wanita sedang bercium, mendedahkan dada dan menutup payudara mereka dengan slogan bertulis ‘Finland’.


Daily Mail

Sanna mengesahkan kelmarin bahawa gambar itu dirakam  di kediaman rasminya di Kesaranta, selepas dia menghadiri festival muzik yang berlangsung pada 8 hingga 10 Julai lalu, lapor AFP.


“Saya rasa gambar ini tidak sesuai, saya minta maaf untuk itu. Gambar seperti ini tidak sepatutnya dirakam,” kata Sanna kepada pemberita di Helsinki.

Katanya, beliau mempunyai ‘kawan’ di kediamannya pada masa itu. Mereka bersantai pada ‘waktu petang’ dan ‘pergi ke sauna’.

Gambar itu pertama kali diterbitkan dalam aplikasi TikTok oleh bekas peserta ratu cantik Miss Finland dan pesohor media sosial. Dia turut muncul dalam foto tersebut.

Artikel lidah pengarang akhbar terbesar negara di Finland, Helsingin Sanomat kelmarin menyatakan bahawa Sanna kelihatan tidak ‘terkawal’, manakala lebih banyak gambar dan video kehidupan peribadinya mungkin didedahkan kepada umum.

Perdana Menteri itu menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada minggu lalu apabila muncul dalam video yang menunjukkan dia ligat menari dan berpesta dengan sekumpulan rakan dan selebriti.

Sesetengah netizen menafsirkan komen yang didengari dalam klip video itu sebagai merujuk kepada narkotik, namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Sanna.


Reuters

Didorong oleh kontroversi yang melanda, Sanna menjalani ujian dadah pada Jumaat lalu untuk menepis sebarang syak wasangka.

Sampel air kecilnya diuji untuk kehadiran pelbagai jenis dadah, namun keputusannya adalah negatif

“Ujian dadah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Sanna Marin pada 19 Ogos 2022 tidak menunjukkan kehadiran dadah,” kata pejabat Perdana Menteri Isnin lalu sambil menambah, keputusan tersebut disahkan oleh doktor. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 25-8-2022 11:40 AM
Dgr citer Russia nk serang Finland pula kalo tentera nato diletakkan di sana
Quote Suchi 25-8-2022 11:57 AM
Payah juga bila PM muda lagi masih suka bersosial bagai.

Dah kawen ke belum dia nih? Malaysia kalau umur 30an camni nak jadi PM mmg taklah dapat jd bini menteri boleh laa nak jadi PM lamberrt lagi..
Quote mizruncing 25-8-2022 11:59 AM
lahhh geng pelangi ke
Quote Thunderclouds 25-8-2022 02:05 PM
Suchi replied at 25-8-2022 11:57 AM
Payah juga bila PM muda lagi masih suka bersosial bagai.

Dah kawen ke belum dia nih? Malaysia kalau ...

Lammberrtt lg la tgk gayanyaa.. SS naik muntri dulu pon meroyan seluruh ummat. Xsempat panas pon pungkoq dok dlm opis.
Quote JunkMail 25-8-2022 02:13 PM
Yo aku ingat parti biasa2 je ala2 minum2 sikit. Sekali parti liar kau.. kahkahkah. Susah jugak bila PM masih muda millenial ni.
Quote dudaberhias 25-8-2022 02:19 PM
motip video sedemikian boleh ada?
memang tak sesuai la.... pm patutnya jadi contoh untuk generasi2 muda... ni hengko plak yang jadi generasi muda...
Quote ninja9 25-8-2022 02:26 PM
aku rasa dia buat parti yang akhirnya jadik susah nak kontrol. bayangkan kawan2 semua dah naik gila...dia pun dah mabuk tak ada dah disiplin nak betulkan keadaan.. lagi pun mungkin asalnya ini private party yang sepatutnya semua orang dah setuju tak ada gambar keluar..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.098565 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top