Pengacara dan penyampai radio, Deen Madian meluahkan rasa kesal dan marah apabila anak perempuannya, Leia Zarra kerap kali digigit rakan sekolah.
Menurut Deen, penjaga kepada kanak-kanak berkenaan didakwa mengambil mudah dan menyerahkan hal itu kepada pihak sekolah. Dia bengang apabila ibu kanak-kanak berkenaan mengambil lewa hal itu sedangkan ia kali ketiga kejadian seumpamanya berlaku. “Anak kau yang ganas, cikgu pula yang kena pay attention dekat anak kau? Semuanya bermula dari rumah ye ibu-ibu bapak-bapak,” tulisnya.
Lantaran itu, Deen berharap agar para ibu bapa dapat memberikan perhatian secukupnya buat anak-anak agar segala tindak tanduk mereka dapat dikawal sejak di usia muda lagi. “Kau tu patut pay extra attention dekat anak kau yang kurang kasih sayang sebab tu mengganas dekat sekolah. Nak perhatian mak bapak dia. Buat anak pandai. Jaga anak bebal,” ujarnya lagi. Sekadar informasi, Deen telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Siti Nur Warda Aminuddin pada Disember 2016. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Leia Zarra yang kini berusia tiga tahun. Sumber: Media Hiburan
|
ketambangkang replied at 25-8-2022 10:46 AM
mcm anak emma maembong lah tu nnti
mizruncing replied at 25-8-2022 11:49 AM
beria org dok puji comel laa ape. klu aku dah tampo anak gigit gitu. tak kelakar okehhhh
ketambangkang replied at 25-8-2022 04:59 AM
iye...98 org reply komen aku kat fb ohbulan ke rotikaya tak ingat...aku ckp gitu la, klu dh biase ...
doubleA replied at 25-8-2022 05:43 AM
Ini la yg iols akan ajar anak, jangan buat jahat kt org, tapi kalau org buat dulu, balas balik, lepa ...
damian_lee replied at 25-8-2022 01:52 PM
betul
ajaran
ADVERTISEMENT