CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kasut Nuha Bahrin Besar Pun Nak Heboh

25-8-2022 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2467| Komen: 13

Baru-baru ini, agak kecoh dalam kalangan warganet memperdebatkan kisah kasut seorang artis yang besar melebihi saiz kakinya sewaktu membuat persembahan lagu duet di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).


Pada mulanya, Merak Jalanan hanya membaca satu artikel pendek mengenainya, namun jari ini pantas pula mencari pautan video yang diviralkan.


TikTok

Tidak sampai seminit, terus terkeluar video penyanyi kecil molek yang meningkat nama, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin menyanyikan lagi popular mereka, Casablanca.

Mata Merak Jalanan terus tertumpu ke arah kaki si Nuha itu, memang terbukti sepasang kasut tumit tinggi yang dipakainya agak besar dan betul-betul longgar.


Tidak salahlah para netizen meluahkan ‘kerisauan’ mereka kepada penyanyi itu. Bukan apa, KLFW adalah acara fesyen yang bertaraf 4 setengah bintang yang ala-ala Paris Fashion Week.

Besar kemungkinan kasut tumit tinggi yang dipakainya itu ditaja.

Berbalik kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang amat prihatin dengan situasi sekeliling, kisah kasut terlebih saiz itu boleh dijadikan pengajaran.

Mengapa Merak Jalanan berpendapat begitu? Ia kerana walaupun secantik mana kasut itu, kalau tidak muat atau terlebih besar berbanding kaki sendiri, mesti ada mata yang memandang dan membuat justifikasi mereka.

Ada yang risau kepada si pemakai yang mungkin tersadung atau di sisi negatifnya, ada juga mencemuh kerana tidak sepadan dengan kaki.



Andai anda risau tidak mengapa tetapi sekiranya wujud benih-benih mencemuh seperti 'tidak padan dengan kaki, ada hati nak pakai kasut cantik ala-ala model', tidakkah ia membawa kepada bibit mengguris jiwa si pemakai?

Jadi, sebagai pemerhati janganlah kita asyik memberi komen negatif secara melulu, sebaliknya lebih sensitiflah dengan keadaan sekeliling.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 25-8-2022 10:36 AM
mesti la kecoh.. ko nyanyi x sedap..pastu kasut besar.. ko nyanyi kt KLFW kot..
Quote iznanaziz 25-8-2022 10:38 AM
sapa diaorang ni...tak kenal pun.
Quote mendeluk 25-8-2022 01:18 PM
Badan Nuha ini badan budak2 sekolah sangat. How old is she ek? Who are you sangat jugak walau meletop lagu
Quote Hoola 25-8-2022 01:26 PM
Cinderella tersenyum sinis
Quote makton 25-8-2022 01:29 PM
berapa umur budak berdua ni? dua2 pendek mcm baru naik form 2
Quote K_Lily 25-8-2022 01:31 PM
boleh eh jalan walau kasut besar tu..kalau aku dah terangkat2 kaki terkeluar..tak selesanya la
Quote dudaberhias 25-8-2022 01:37 PM
retis who are yusss pun ko sibukkan pasal kasut deorang...
ramai je pakai melebihi saiz kaki... contohnya si misai kontot tu... geli geleman iols nengok dah la rhoper pun haukkk... fesyen lagi lah... gigih heshe cuba fesyen itu ini untuk nampak hensem dan appealing... tapi tetap la rhoper tapai basi
Quote prince_marhaen 25-8-2022 02:38 PM
TETAP NAMPAK HAUKKKK...NEXTTT!
Quote ayukpingu 25-8-2022 02:42 PM
ni ke yang orang cakap, masa nyanyi, guest tak focus tu kat diaorg? kena ghosting? ... kah kah kah
Quote nawtylulu 25-8-2022 02:46 PM
hahaha konfiden betol sheols nyanyi dgn kasut beso gitu dlm event fesyen..
Quote Aneem 25-8-2022 02:46 PM
Tp budak ni jenis muka tebal betul.
Kena kecam mcmana pun tetap la denyuttttt tak habih2.
Quote ..maksu 25-8-2022 02:50 PM
tak buat preparation ke before datang? KLFW kot. dah la nyanyi sumbang, fesyen kampung
Quote caca_eric 25-8-2022 05:14 PM
Dia letak padding kot
Sbb tu boleh lagi jalan2

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.036691 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top