CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Dihukum Makan Telur Mentah Jika Sasaran Tak Dicapai

25-8-2022 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1106| Komen: 1

Sebuah syarikat di China mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan memaksa kakitangannya makan telur mentah sebagai hukuman atas kegagalan memenuhi sasaran yang ditetapkan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.


Perkara itu didedahkan seorang pelajar yang menjalani latihan industri di sebuah syarikat teknologi yang beroperasi di bandar Zhengzhou.

Menurut pelajar dikenali sebagai Du itu, syarikat berkenaan mempunyai peraturan aneh di mana setiap pekerja dipaksa menelan telur mentah sekiranya tidak menerima tempahan dalam satu tempoh masa tertentu atau gagal memenuhi sasaran pengurusan.


Gambar hiasan

Tambah Du, latihan industri yang dijalaninya turut ditamatkan selepas dia enggan mematuhi peraturan tersebut. Pihak pengurusan juga didakwa menyuruh dia menulis ‘sebab peribadi’ sebagai alasan menamatkan latihan.

Pendedahan Du itu mencetuskan kemarahan netizen yang disusuli sebuah rakaman video yang menunjukkan pekerja syarikat terbabit kelihatan loya selepas cuba menelan telur mentah.

Orang ramai menggelar amalan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan serta memberi amaran bahawa tindakan memakan telur mentah adalah berbahaya. Mereka juga meminta Syarikat terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, seorang wakil syarikat  berkenaan berkata, hukuman memakan telur mentah telah digariskan dalam buku panduan bekerja, justeru,  semua kakitangan perlu mematuhinya.

Ketika Du menyoal mengenai kesahihan  peraturan tersebut dari segi undang-undang, seorang pengurus sumber manusia menjawab dengan menyoal: “Undang-undang apa yang menghalang anda daripada makan telur mentah?”

Pegawai pemeriksaan buruh daerah Jinshui dilaporkan sedang menyiasat kes itu, namun pakar-pakar perundangan berkata, mereka memerlukan testimoni selain daripada Du kerana dia merupakan pelajar yang menjalani latihan industri, dan bukannya pekerja syarikat.

Ini bermaksud, tindakan ke atasnya tidak tertakluk di bawah undang-undang buruh.  


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 25-8-2022 11:43 PM
Ketika Du menyoal mengenai kesahihan  peraturan tersebut dari segi undang-undang, seorang pengurus sumber manusia menjawab dengan menyoal: “Undang-undang apa yang menghalang anda daripada makan telur mentah?”


bruh.. telur tak masak ada risiko salmonella..

kalau pekerja sakit, mati, sebab desakan makan telur mentah ada salmonella,
itu salah syarikat. syarikat telah membunuh indirectly

polisi hukuman telur ni, mengancam kesihatan, dan kemungkinan, nyawa pekerja

majikan, dan syarikat, gagal memberikan suasana yang selamat dan sihat kepada pekerja

tapi tu la, buang masa aku bebel kat sini

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.167947 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top