Siapa tidak mengenali TikToker terkenal Malaysia, Ryan Barkery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bin Bakery. Kebelakangan ini, namanya kian meningkat naik dan sentiasa mendapat rezeki mencurah-curah dek kerana video-video yang dihasilkan menarik minat pengguna aplikasi TikTok amnya, tanpa mengira usia. Terbaru, kecoh di TikTok apabila kelab bola sepak terkenal dunia, Manchester United yang mempunyai 16.7 juta pengikut di TikTok telah menggunakan sound suara Ryan Bakery ketika berkongsi sebuah video. Video tersebut memaparkan aksi Jadon Sancho yang sedang membuat skill ketika menentang kelab Liverpool dan berlatar belakangkan suara "Pehh smart woo, macam mana dia buat wei..dia lipat woo..huishh smart giler" milik Ryan.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna TikTok Malaysia yang menonton video tersebut sangat terkejut dan bagaikan tidak percaya suara Ryan telah dipilih oleh kelab ternama itu sebagai sound video yang mereka kongsikan. Malah ada yang turut menyatakan admin akaun TikTok kelab Manchester United itu adalah orang Malaysia. Nampaknya Ryan Bakery semakin terkenal hingga ke peringkat antarabangsa! Tahniah diucapkan. Malah akaun TikTok Ryan kini telah mencecah hampir 3 juta pengikut. Setakat ini, video yang dikongsikan oleh akaun ManUtd itu telah mencecah 1.8 juta tontonan, 14 ribu komen dan dibanjiri komen-komen dari penyokong Malaysia. - CARI |
freesia71 replied at 25-8-2022 05:52 AM
Dia ni pelawak ke? Malas pulak nk tekan tiktok tgk muka putih tepuk gomak tu.
Perwira2022 replied at 25-8-2022 05:09 AM
Kahkahkahkah.. Mentaliti minda terjajah betul orang2 Malaysia ni... Setakat suara orang Melayu kena ...
Supersirap: Tahniah diucapkan kepada Ryan bakery
ADVERTISEMENT