Konsert Bunga Citra Lestari baru-baru ini menjadi perbincangan warganet di media sosial kerana terdapat seorang penyanyi muda mencium isteri Allahyarham Ashraf Sinclair ini ketika berada di atas pentas.
Di acara hujung minggu lalu yang diadakan di Singapura itu, Bunga atau lebih sinonim dengan nama BCL menjemput beberapa penghibur lain di konsertnya. Dua daripadanya ialah Ariel NOAH dan Ray Prasetya yang baru-baru ini diperkatakan secara meluas. Dalam salah satu aksinya, terlihat Ray mencium pipi Bunga Citra Lestari.
Apa yang dilakukannya bagaimanapun mendapat cemuhan netizen yang menganggap perlakuan Ray tidak sopan. “Awak masih muda, dengan orang yang lebih tua haruslah sopan. Hormati perempuan tu! Mungkin dia nak marah, tak elok sebab dia atas pentas,” kata netizen. “Jaga sikap. Tidak manis dan tidak sopan untuk mencium wanita. BCL adalah wanita yang dihormati. Tidak boleh seperti itu,” jelas akaun trd**** itu. “Tak sopan cium sambil lewa, cuma bcl yang saya terkejut. Lain kali jaga sikap awak,” jelas akaun yur*** itu. “Orang ni cium Bcl. Tak sopan,” jelas akaun **** merah itu. “Kenapa tak sopan sangat bro,” jelas akaun lain. Twitter Detik Bunga Citra Lestari ketika itu juga kelihatan terkejut apabila tiba-tiba dicium Ray dan segera memukul bahu lelaki itu. Difahamkan, Ray atau nama penuhnya Muhammad Raynald Ray Prasetya merupakan wakil finalis Idola Cilik 3 dari Jakarta. Sumber: Murai
|
Belibis replied at 24-8-2022 07:31 PM
Mana datang lagi isteri,kalau dah suami pun allahyarham..ni namanya balu.
ADVERTISEMENT