CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Terlalu Banyak Kebaikan DS Najib Untuk Saya Cerita Di Sini” – Fizo Omar

24-8-2022 04:20 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8267| Komen: 81



Semalam menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak di hantar ke penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Di media sosial, ramai yang bercerita, bergembira, malah menyindir DS Najib ekoran hukuman yang telah diterima.

Merasa terpanggil untuk memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menyindir DS Najib, pelakon Fizo Omar menegur orang ramai yang memberikan reaksi sindiran itu.

Dalam satu hantaran di Instagram, Fizo berkata, berita tersebut bukanlah untuk dirai sebaliknya orang ramai harus memandangnya dari sudut yang berbeza.



Baginya ini adalah percaturan dari Allah SWT dan Fizo percaya ada mesej yang tersirat untuk orang ramai.

Jelasnya apa yang berlaku menunjukkan rakyat Malaysia berada di bawah undang-undang yang sama dan tiada kelebihan dari segi jawatan, pangkat mahupun kuasa.

Soal tentang kebenaran di atas apa yang yg dilakukan, itu hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang mengetahuinya, kita sebagai rakyat biasa hanya disajikan dengan laporan dari media dan tidak sepatutnya untuk terus menghina dan menghukumnya.

Beberapa kali berpeluang bekerjasama dengan Datuk Seri Najib, Fizo berkata terlalu banyak kebaikan untuk diceritakan.

Katanya lagi, banyak faedah dapat dinikmati rakyat Malaysia ketika beliau memimpin negara suatu masa dahulu.


Fizo turut mendoakan semoga DSN dan seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 24-8-2022 04:30 PM
sayu pulak hati ni tengok gambar najib ambil wuduk.. macam mana lah dia sekarang kat dalam
Quote aduh2sayang 24-8-2022 04:38 PM
betul ler tu..salah dia biar dia terima hukuman
tapi kebaikan dia jngan kita lupakan... syukur sebab dia perkenalkan UTC, senang sngat nak buat urusan lesen kad pengenalan semua  terutamanya  weekend. kalau tak nak kena ambil cuti je
Quote miss_perfect 24-8-2022 04:42 PM
Bila org sebut 'pengorbanan' ahli politik, apa yg diorang maksudkan exactly? Jasa, maybe yes, tapi pengorbanan???
Quote Nenasketum 24-8-2022 04:52 PM
Bimbo scammer bercakap kemain lagi.
Quote kucingTomey 24-8-2022 04:53 PM
sy suke tgok movie denzel washington...salah satu dia movie fences tahun 2016....dialog antara dia dgn anak dia...

"“It’s my responsibility! You understand that? A man got to take care of his family. You live in my house...sleep you behind on my bedclothes...fill you belly up with my food...cause you my son. You my flesh and blood. Not cause I like you! Cause it’s my duty to take care of you!”

najib buat sume tu dah mmg tanggungjawab dia....
Quote pocongkiutss 24-8-2022 04:59 PM
Iols suka betul dia buat UTC tu..pastu LRT extention, MRT . ( Tp bengang bab LRT KJ punya bajet banyak kena slash dgn LGE..apekebodo extend line LRT panjang2 tapi koc ada 3 je..kesan buruk dia dh nmpk skrg ni )

Tp dia ni tahla..silap pilih bini kut..kalau dia tak berskandal dgn Kak Mah dulu..maintain dgn 1st wife dia..mgkin la tak jd camni. Macam lebih kurang cashlah Jibbyyyy
Quote SisLena 24-8-2022 05:04 PM
Yang kesian tu ingt ye,
Korang miskin sebab negara xdapat bantu korang sbb kena bayar hutang mangkuk tu. Sampai 2039 tau.
Dia gi hawai dan shopping utk bini dia jam juta2 guna duit src tu
Tau tak tu semua duit tax kita.
Utc tu bukan guna duit dia pun, duit kita
Sebab perangai org msia mcm ni la senang kena tipu dengan politician. Nampak yg depan mata. Yg dia tinggalkan hutang dekat negara korang tak kisah ek? Pendidikan, hospital, berapa banyak boleh guna duit yg byr hutang dia utk kebaikan rakyat.
Quote annehuda 24-8-2022 05:04 PM
tapi mmg mentaliti politicians dulu-dulu mcm tu. sebab dah buat jasa dan pengorbanan macam-macam kat rakyat kononnya, so tak salah lah kalau nak amek sikit harta negara tu kekdahnye.  tgk tun m jelah hingat kalau dia still doktor tu anak-anak dia leh kaya tahap billionaire ke? kirim salam
Quote wnwa05 24-8-2022 05:07 PM
aku rasa najib jauh lagi bagus dari atok.. dia perkenal brim... utc... gst.. tapi kena kecam teruk
alih2 baru sedar gst tu bagus... brim pulak tukar nama je
Quote supernaturalee 24-8-2022 05:07 PM
kucingTomey replied at 24-8-2022 04:53 PM
sy suke tgok movie denzel washington...salah satu dia movie fences tahun 2016....dialog antara dia d ...

whoaaa
i love denzel and viola dlm fences
lakonan dorg berdua dlm ni dgn dialog yg ckup deep and meaningful mmg menangkap
they just don't lay up the dialog
but they really feel it
and we feel it too


what a great performance


Quote supernaturalee 24-8-2022 05:09 PM
told yaaa
elyana maybe the first artiste yg suck up
but more to cum...i mean come

Quote pocongkiutss 24-8-2022 05:12 PM
SisLena replied at 24-8-2022 05:04 PM
Yang kesian tu ingt ye,
Korang miskin sebab negara xdapat bantu korang sbb kena bayar hutang mangkuk ...

Ye utc bukan guna duit dia pun..tp at least dia ada inisiatif nk buat tu bagus juga la inisiatif dia

Kalau uols asik nk cakap bukan guna duit PM..apa yg Mahathir buat dulu jasa2 dia pun bukan guna duit dia khen

Jibby salah dia dh masuk jel dh pun..so apa lg x puas hati

Aku paling benci politician..tak kira mana party pun 99% fake namampos

Quote pocongkiutss 24-8-2022 05:13 PM
wnwa05 replied at 24-8-2022 05:07 PM
aku rasa najib jauh lagi bagus dari atok.. dia perkenal brim... utc... gst.. tapi kena kecam teruk
a ...

Ko jgn puji jibby kat sini

Nnt kena cop Jibbenak pulak
Quote wirazam 24-8-2022 05:19 PM
pocongkiutss replied at 24-8-2022 04:59 PM
Iols suka betul dia buat UTC tu..pastu LRT extention, MRT . ( Tp bengang bab LRT KJ punya bajet bany ...

Idea UTC Tu idea kementerian kewangan ye...meaning that pegawai2 kat kementerian Tu..aii suspect puak puak PTD kat situ..pernah terbaca kat mana tah..
Quote wnwa05 24-8-2022 05:21 PM
pocongkiutss replied at 24-8-2022 05:13 PM
Ko jgn puji jibby kat sini

Nnt kena cop Jibbenak pulak



itu realiti lah kalau nak compare dua tu..nak cop ke apa lantak

jibby ni bagi aku selain kes rasuah ni dia tak ada perangai sangat... cuma orang geram bini dia je dulu
Quote dudaberhias 24-8-2022 05:24 PM
kalau lah dia awal2 ceraikan nek mah katik... dah lama dah boleh jadi perdana menteri ke menteri yang berwibawa dan innovatif... sooo kesimpulannya jangan lah anda kahwini janda tamak dan rambut keras kejung...
Quote wnwa05 24-8-2022 05:26 PM
SisLena replied at 24-8-2022 05:04 PM
Yang kesian tu ingt ye,
Korang miskin sebab negara xdapat bantu korang sbb kena bayar hutang mangkuk ...



wow sampai 2039 ya

bukan ke kes sangkut dia rasuah 42 juta je.. bukan 42 bilion
tak kisah lah idea siapa utc tu..bukan duit dia ke apa.PM gila mana nak pakai duit sendiri..banyak pulak duit nak buat utc.janji zaman dia merintah dia perkenalkan benda tu.. nak kata ptd punya idea pun apa dehal..ko kerja mana2 pun bos ko tetap dapat nama sebab dia nak ko fikir apa idea untuk kerja ko.

kalau dia tak suruh tak wujud juga idea tu
Quote KamikuP 24-8-2022 05:26 PM
Sapo lagi nak mencapub isu Najib ni meh tepek cepat sikit
Quote stingerbumpy 24-8-2022 05:34 PM
Baiknya ko sehingga rakyat kena tanggung hutang yg ko buat, and  the interest alone dari hutang tersebut boleh buat hidup gelandangan dimalaya lebih bermaruah...

So dont talk cock sing song please

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051158 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top