CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajaib, Penumpang Terselamat Lepas Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api

24-8-2022 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1294| Komen: 4

Keluarga seorang wanita yang terselamat dari nahas ngeri membabitkan kenderaan jenis Range Rover mengucapkan rasa syukur kerana mangsa berusia 26 tahun itu masih hidup.


Kejadian pada Isnin itu dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu pemuda kelahiran Iraq, Rida Al Mousawi, 24, terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum terjunam di landasan kereta api di stesen Bawah Tanah Park Royal di barat laut London.


Rida - Foto: Daily Mail

Difahamkan, hanya Zamarod Arif yang merupakan penumpang kereta tersebut terselamat dalam nahas berkenaan kerana memakai tali pinggang keledar manakala seorang lagi mangsa iaitu ibu berusia 33 tahun meninggal dunia akibat tercampak keluar dari kenderaan.


Pemandunya yang juga pengurus kedai barang kemas Hiba Jewellery di Edgware Road London pula masih dalam keadaan kritikal di hospital selepas kereta pacuan 4x4 bernilai £120,000 (RM638,229.20) yang baru dibeli itu terlibat dalam kemalangan dan terbakar.

Menurut sumber MailOnline, Rida baru sahaja membeli Range Rover yang mana kereta itu adalah versi paling istimewa, SVR.


Zamarod - Foto: Daily Mail

"Dia seorang lelaki hebat dan kita semua mengenalinya kerana dia mempunyai kehidupan sosial yang aktif. Dia masih bujang," ujarnya.

Rakaman dashcam menunjukkan kereta 4x4 merempuh penghadang pada A40 jam 3.48 pagi dan ke dalam pengedar Tesla, menyebabkan kerosakan bernilai ribuan paun.

Turut cedera adalah seorang lelaki berusia 57 tahun yang dipercayai sedang mengecas keretanya di bahagian tengah semasa Range Rover merempuhnya.



Dia bagaimanapun mengalami kecederaan ringan. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 24-8-2022 05:42 PM
Helokkkkkk
Quote Thunderclouds 24-8-2022 05:46 PM
Laju bethol. Xdak ropa range rover dh
Quote Thunderclouds 24-8-2022 05:47 PM
wikedsaikel replied at 24-8-2022 05:42 PM
Helokkkkkk

Tanjat bebi herlokk nawww
Quote scorpionkiki 24-8-2022 06:05 PM
Yg indian/pakistan di uk semua segak2 belaka...bandinglah yg dtg malaysia. Bagai langit dan bumi

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.154734 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top