CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pergelangan Tangan Hancur, Mungkin Dipotong Akibat Alat Pemadam Api Meletup

24-8-2022 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1459| Komen: 6

Pergelangan tangan kanan seorang pekerja bengkel servis pemadam api, hancur selepas tabung alat pemadam api meletup di Jalan Bakawali 37, Taman Johor Jaya, di sini, hari ini.


Tabung alat pemadam api meletup menyebabkan pergelangan tangan kanan seorang pekerja bengkel servis pemadam api, hancur.


Keadaan pergelangan tangan kanan Ezwan yang hancur. 
Foto Ihsan Keluarga.

Kejadian semalam berlaku di Jalan Bakawali 37, Taman Johor Jaya, Johor Bahru dan mangsa dikenali sebagai Ezwan Othman, 42.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.39 petang.

"Setibanya di tempat kejadian didapati berlaku letupan tabung alat pemadam api debu kering ketika kerja-kerja 'compress' di dalam kawasan kilang.

"Kejadian menyebabkan seorang mangsa cedera. dan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam sebelum pasukan tiba," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, adik mangsa, Ernalisa Othman, 36 berkata, abangnya kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Katanya, pergelangan tangan kanan kemungkinan dipotong kerana urat saraf rosak dan tidak dapat diselamatkan.

"Doktor maklumkan jika boleh boleh diselamatkan ia akan disambungkan semula, tetapi jika teruk ia akan dipotong.

"Terdapat juga kecederaan di bahagian perut mungkin akibat terkena serpihan alat pemadam api yang meletup.

"Abang akan menjalani pembedahan malam ini," katanya ketika dihubungi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 24-8-2022 05:45 PM
Macamana boleh meletup? Mana nak cari statistik fire extinguisher meletop nk? Aku tanya sepupu kawan aku bomba. Mati mati dia kata takde pon kes.
Quote matamata 24-8-2022 06:13 PM
wikedsaikel replied at 24-8-2022 05:45 PM
Macamana boleh meletup? Mana nak cari statistik fire extinguisher meletop nk? Aku tanya sepupu kawan ...

Macam takda kes, aku pun mcm pertama kali dengar
Quote Belibis 24-8-2022 08:40 PM
Sebelum dah ada..mangsa mati rasanya.meletup kat bengkel.
Quote musangbodoh 24-8-2022 09:00 PM
dh smpai duedate tukar@
malfunction@ tiruan

btw kesian hilang tgn tu...harap2 ade insuran
Quote imanjannah 24-8-2022 10:57 PM
Allah.. innalillahwainnalillahirojiun.. moga Allah mudahkan urusannya.. kesian sungguh
Quote Skuau 24-8-2022 11:37 PM
udh menakutkan ni..nk padam api pon risau/takut pegang/guna/pakai.Payah.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065631 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top