CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Imran Aqil Dan Dahlia Rizal Dah Bertunang

24-8-2022 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16950| Komen: 77

"Saya memang nak rahsiakan perkara ini sebab risau dengan penyakit hasad memandangkan pasangan saya juga individu yang dikenali. Apa-apa boleh berlaku dan tak tahu apa yang orang lain fikir."


Demikian kata penyampai radio Hot FM, Imran Aqil apabila mengesahkan pertunangannya dengan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal yang berlangsung Ahad lalu.

Foto: IG

Imran berkata, biarpun majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup 'kantoi', namun dia reda dan tidak mengambil serius memandangkan dia dan pasangan adalah individu yang memiliki pengaruh di media sosial.

"Seeloknya pertunangan ini dirahsiakan dan diadakan secara diam-diam sebab nak elak dengan perkara yang tidak baik. Namun apa yang berlaku di luar kawalan apabila ada saja gambar dan video yang terbongkar.


"Lagipun belah keluarga Dahlia pun ada yang nak memuat naik, jadi saya pun bagi kelonggaran. Cuma untuk saya dan Dahlia ada beberapa perkara yang kami tidak kongsikan," katanya.



Pada majlis pertunangan itu, Imran menyerahkan lima dulang hantaran manakala Dahlia membalas tiga dulang hantaran.

Menurut Imran, biarpun baru berusia 23 tahun namun dia sudah bersedia untuk memegang tanggungjawab sebagai suami selepas berkenalan secara serius dengan Dahlia awal tahun ini.



"Kami sudah berkenalan lebih lima tahun sejak saya berusia 18 tahun lagi. Sekarang ini usia saya sudah 23 tahun dan nak dijadikan cerita awal tahun ini kami mula berkawan dengan serius.

"Sejujurnya saya sudah bersedia untuk melalui fasa perkahwinan walaupun ada yang beranggapan saya terlalu muda untuk berkahwin. Tapi bagi saya, umur bukan penghalang seandainya perasaan bersedia itu sudah ada dalam diri.




"Bagaimanapun saya belum ada tarikh rasmi pernikahan kami kerana saya masih menunggu Dahlia menamatkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dan mendapat pekerjaan tetap terlebih dahulu. Dahlia dijangka tamat belajar sekitar hujung tahun depan," katanya.


Dalam pada itu, Imran memaklumkan dia mengalami demam campak sejak kelmarin dan terpaksa bercuti daripada bersiaran di radio Hot FM selama dua minggu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 24-8-2022 03:14 PM


frust iols
Quote Kancilkering 24-8-2022 03:19 PM
tahniah lah bagus lah terus ke alam perkahwinan…
Quote KamikuP 24-8-2022 03:32 PM
Tahniah. Moga berkekalan hingga Jannah
Tapi meolls tak kenai langsung korang berdua ni
Quote missyL 24-8-2022 03:36 PM
Lawa nye the girl
Congratulations walao xknl
Hahaha

Faktor usia
Quote mawarkhayalan99 24-8-2022 04:17 PM
dahlia cantikkk sangatttt untung ko imran
Quote rosedemon 25-8-2022 09:31 AM
untung la ko meran wlopon ko xbape nak hado pmpaun cantek ni nk ko
Quote azimodin 25-8-2022 09:48 AM
Lawa gak si dahlia no ye walaupon whoareyuss sangat. Tapi kenapa la budak2 sekarang suka sangat pakai blusher 1 muka sampai nampak cam selsema?
Quote Zaien 25-8-2022 11:24 AM
Dahlia ni mmg cantik ye.. dlm gambar.. luar gmbr ilr pun cantik..
iols jumpa dia masa wedding ank buah.. dia ade dtg.. mmg cantik sgt..
Quote anony-mous 25-8-2022 11:46 AM
Ada nmpk dahlia ni tunang tp xtau dgn sapa. Xsangka dgn ex pd wife yonnyboi ni kan? Jauh berganda herlok ko dpt
Quote anony-mous 25-8-2022 11:47 AM
azimodin replied at 25-8-2022 09:48 AM
Lawa gak si dahlia no ye walaupon whoareyuss sangat. Tapi kenapa la budak2 sekarang suka sangat paka ...

Ig dia ramai je follower . And dia byk jd model. Mmg whoryus sbb dia bkn sejenis kontroversi. Jenis elok la ig byk ootd n gmbar keje as model je
Quote Heydidle 25-8-2022 12:45 PM
Cun dahlia ni. Anak orka eh?
Adik dia pija tu jauh btl jarak umur dgn dia, mmg adik beradik seibu sebapa ke?
Quote Zaien 25-8-2022 12:57 PM
Heydidle replied at 25-8-2022 12:45 PM
Cun dahlia ni. Anak orka eh?
Adik dia pija tu jauh btl jarak umur dgn dia, mmg adik beradik seibu se ...

pak tiri dia kaya... hehe ade biz sbb kwn iols keje disitu..
Quote Zaien 25-8-2022 12:57 PM
Heydidle replied at 25-8-2022 12:45 PM
Cun dahlia ni. Anak orka eh?
Adik dia pija tu jauh btl jarak umur dgn dia, mmg adik beradik seibu se ...

pija tu seibu lain bapa...
Quote maxim 25-8-2022 02:24 PM
Zaien replied at 25-8-2022 12:57 PM
pak tiri dia kaya... hehe ade biz sbb kwn iols keje disitu..

kampeni apa tu..patut la aritu sakan dorg satu family gi melancong berminggu2
Quote maxim 25-8-2022 02:27 PM
Heydidle replied at 25-8-2022 12:45 PM
Cun dahlia ni. Anak orka eh?
Adik dia pija tu jauh btl jarak umur dgn dia, mmg adik beradik seibu se ...

x silap mak bapak dahlia ni bercerai..mak n ayah die masing2 kawin lain..adik pija tu adik die sama ibu lain bapak
Quote lady_bonia 25-8-2022 02:29 PM
Tahniah..mmg cantik lah dahlia ni..bolehlah dua2 sesuai lah..moga dipermudhkan ke jinjang pelamin
Quote mieymiey 25-8-2022 02:31 PM
Laki ni kan yang kecewa exgf dia kahwin dengan yonniboi? Tup tup sangkut dengan Dahlia ni. Cantik Dahlia ni.
Quote Zaien 25-8-2022 02:36 PM
maxim replied at 25-8-2022 02:24 PM
kampeni apa tu..patut la aritu sakan dorg satu family gi melancong berminggu2

company consultant heatlhcare & ade project2 lain ..
Quote Zaien 25-8-2022 02:38 PM
maxim replied at 25-8-2022 02:27 PM
x silap mak bapak dahlia ni bercerai..mak n ayah die masing2 kawin lain..adik pija tu adik die sama ...

mak dahlia cerai dgn laki pertama.. then kwen dgn husband skang ( jdi bini no 2 )but everything ok sharing sbb adil.. tu psal dahlia n sbling syg pak tiri dia..

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.103294 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top