CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hotel 13 Tingkat Khas Untuk Babi-Babi

24-8-2022 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1885| Komen: 10

Beijing: China sedang membina ladang bertaraf hotel bertujuan memastikan biosekuriti haiwan itu ke tahap lebih baik.

Bangunan setinggi 13 itu dibina di selatan negara itu bagi menempatkan lebih 10,000 babi.

Haiwan itu akan dipelihara dalam bangunan setaraf kondominium serba lengkap dengan akses terhad, kamera keselamatan, perkhidmatan veterinar dan makanan yang disediakan dengan teliti.

Fasiliti mewah itu ialah satu pendekatan biosekuriti terkini untuk haiwan itu kerana menjadi sumber utama daging di China.


Foto: Agensi

Dengan fasiliti itu, haiwan itu dilindungi daripada virus, termasuk demam babi Afrika yang memusnahkan separuh daripada babi dalam negara dalam tempoh dua tahun sebelum Covid-19.

Digelar hotel babi, ladang dalam bangunan gergasi ini sedang dibina oleh syarikat termasuk Muyuan Foods dan New Hope Group.

Selepas siap dibina, ia bakal menjadi contoh langkah kawalan ketat yang digunakan pembekal utama di negara lain untuk mencegah wabak penyakit.

Pengarah daging yang berpangkalan di United Kingdom, Rupert Claxton berkata, China meniru amalan terbaik dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk menutup jurang biosekuritinya.

"Hanya 20 tahun, China melakukan apa yang diambil oleh Amerika mungkin 100 tahun untuk melakukannya," katanya.

Demam babi Afrika yang membawa maut menyakitkan haiwan itu seperti Ebola membunuh manusia hingga menyebabkan wabak dramatik di China pada 2018.

Dalam tempoh setahun, kira-kira separuh daripada kumpulan lebih 400 juta babi di negara itu dihapuskan.

Ia adalah lebih daripada keseluruhan pengeluaran tahunan AS dan Brazil hingga membawa kepada kenaikan harga dan import yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Di negara maju, pengeluaran babi didominasi oleh ladang yang lebih besar.

Ia dilihat selama beberapa dekad di AS, Denmark dan Belanda, yang mempunyai antara piawaian biosekuriti terbaik di seluruh dunia dan tidak pernah melaporkan satu wabak demam babi Afrika dalam beberapa tahun kebelakangan ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-8-2022 02:21 PM
Ambil masa berapa bulan utk harvest?


Quote KamikuP 24-8-2022 03:33 PM
Yg masuk simpang tak bagi signal bole le kot menginap kat sini.
Quote rashiman 24-8-2022 03:43 PM
kandang babi canggih - 13 tingkat
Quote Rockafella 24-8-2022 03:53 PM
Tak pepasal babi kena buat loan untuk tinggal di kondo.
Quote Belibis 24-8-2022 04:31 PM
Nek ijat NFC tersenyum sinis.
Quote kotakominami 24-8-2022 06:19 PM
Molek dah tu..orang tinggal kat bawah jambatan..babi tinggal kat kondo...
Quote green~tea 24-8-2022 06:33 PM
Belibis replied at 24-8-2022 04:31 PM
Nek ijat NFC tersenyum sinis.

Mak jat pemikiran advance di luar kotak nampak nya..

Malaysia lebih maju ke hadapan bela lembu dalam kondo.. bah kan china lah yang inspired mengikut jejak langkah kite
Quote Zazama 24-8-2022 10:44 PM
Dulu hotel hanya utk manusia. Skrg utk babs pulak? Macam2 la idea manusia zaman ni. Ha2x!
Quote rosedemon 25-8-2022 09:56 AM
babi2 politik tu elok letak sini
Quote reen8601 25-8-2022 11:43 AM
babi pon jadi kayangan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035864 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top