CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Perjuangan Saya Terjawab Di Mahkamah Persekutuan' - Muhyiddin

24-8-2022 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3490| Komen: 38

Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd pada Selasa, ternyata membuktikan bahawa sistem perundangan dan kehakiman negara kekal dilindungi daripada sebarang campur tangan atau desakan politik politik.


Selepas lima tahun, Mahkamah Persekutuan akhirnya menolak rayuan akhir Najib dan beliau diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Bagaimanapun, rakyat masih belum boleh menarik nafas lega kerana kes tersebut hanyalah sebahagian daripada kes-kes korupsi serta penyelewengan yang dilakukan oleh ahli-ahli politik lain.


FB Muhyiddin


Pada Selasa, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Najib itu bukanlah pengakhiran sebuah perjuangan.

Muhyiddin berkata, ia berikutan pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan penyelewengan dana berjumlah RM2.6 billion, kes rasuah membabitkan Pengerusi BN serta kes-kes berprofil tinggi lain masih lagi belum selesai.

Ulasnya, tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap dari segi moral.

Disebabkan itu, kebebasan badan kehakiman negara perlu terus dilindungi tanpa ada cubaan campurtangan atau desakan politik dari mana-mana pihak bagi memastikan keadilan sentiasa dapat ditegakkan.



Dalam pada itu, Ketua Program Sains Politik, UKM, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, kes melibatkan penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd itu dilihat satu titik penting dalam mengubah politik negara yang lebih beramanah, berintegriti dan demokratik.

Menurutnya, institusi politik negara yang baik amat penting dalam melahirkan sistem semak dan imbang yang telus seterusnya memastikan pembangunan negara secara konsisten.

Dari segi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kes Najib itu sudah tentu akan dijadikan sebagai modal ‘character assisnation’ (pembunuhan karakter) dalam propaganda parti pembangkang yang akan datang.


AFP

Ada kemungkinan parti pembangkang akan memainkan sentimen tersebut seperti mana yang dilakukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka sebelum ini.

Namun, apa yang pasti, kes Najib sudah tentu akan menjadi topik perbincangan daripada banyak pihak termasuk daripada parti BN.

Persoalannya, giliran siapa lagi selepas Najib? Adakah pemimpin-pemimpin politik kontroversi lain akan turut menerima akibat yang sama seperti bekas Perdana Menteri?


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-8-2022 03:37 PM
Next :
Rosmah - Wak Jahid - Hishamuddin
Quote rashiman 24-8-2022 03:44 PM
maknanya kena undi Bersatu atau PN lah nie....
Quote cmf_premierleag 24-8-2022 03:54 PM
Eleh perasan nya wak yidin ni
Yg start bongkar psl 1MDB ni Tony Pua DAP ya
Tua kutuk tak sedar diri..dah la tak reti2 nk step down ms ramai benci ko zmn ko jd piyem dulu
Quote xy_daen 24-8-2022 03:54 PM
Boleh je nak undi UMNGOK pun selagi yang bertanding bersih dari salah laku rasuah
Quote Firenzza 24-8-2022 05:13 PM
Umngok blh pulih balik klau wak jahit steo down. Tp umngok blh jerr pinda perlembagaan mana2 ahli yg ada court case terus gantuang keahlian & jawatan dlm parti or kerajaan sampai penghakiman selesai.

Buat mcm tu baru pengundi2 yakin nk pangkah umngok nti
Quote namieamuro 24-8-2022 05:15 PM
so nk kate die hero ke cane? abahkau pun bkn clean sgt

Quote juboqhang 24-8-2022 05:16 PM

Quote jalfa 24-8-2022 05:20 PM
Abahkau tunggu lepas pru plak tgk..kot.kot lawan naik...awak pon byk kes dr kes tenet sekolah ,kes bini org sampai la belanja beratus bilion time pkp
Quote rashiman 24-8-2022 05:21 PM
Edited by rashiman at 24-8-2022 05:23 PM
Firenzza replied at 24-8-2022 05:13 PM
Umngok blh pulih balik klau wak jahit steo down. Tp umngok blh jerr pinda perlembagaan mana2 ahli yg ...
DAPing blh pulih balik klau LGE steo down. Tp DAPig blh jerr pinda perlembagaan mana2 ahli yg ada court case terus gantuang keahlian & jawatan dlm parti or kerajaan sampai penghakiman selesai.

Buat mcm tu baru pengundi2 yakin nk pangkah DAPig nti  
Quote pocongkiutss 24-8-2022 05:22 PM
jalfa replied at 24-8-2022 05:20 PM
Abahkau tunggu lepas pru plak tgk..kot.kot lawan naik...awak pon byk kes dr kes tenet sekolah ,kes b ...

Kes bini org?? abahkau ada kes dgn bini org ke?
Quote sharlenetexas 24-8-2022 05:22 PM
juboqhang replied at 24-8-2022 05:16 PM

Hey kersani mengalirlah dikau!


Quote jalfa 24-8-2022 05:32 PM
pocongkiutss replied at 24-8-2022 05:22 PM
Kes bini org?? abahkau ada kes dgn bini org ke?

Tanya pak cik gugel.cari nika gee baca je purchaya jangan
Quote mamarilia 24-8-2022 05:45 PM
rashiman replied at 24-8-2022 05:21 PM
DAPing blh pulih balik klau LGE steo down. Tp DAPig blh jerr pinda perlembagaan mana2 ahli yg ada co ...

tertunggu2 kes LGE nak follow ... sbb kes terowong ni katanya melibatkan byk ahli umno jadi kontraktor ...
Quote green~tea 24-8-2022 05:47 PM
KamikuP replied at 24-8-2022 03:37 PM
Next :
Rosmah - Wak Jahid - Hishamuddin

Aku mmg suka bila hishamuddin kena sauk skali..

Dia ni mmg senyap tak berkutik ala2 dont rock the boat, nnti dgn dia sendiri kena nnti... aku harap hishamuddin dgn orang2 dia skali pun kena kat mindef tu.. i am very sure bukan keje sorang yang kes LCS tu...
Quote green~tea 24-8-2022 05:48 PM
mamarilia replied at 24-8-2022 05:45 PM
tertunggu2 kes LGE nak follow ... sbb kes terowong ni katanya melibatkan byk ahli umno jadi kontra ...

Projek gomen negeri kan ni.. lagi la senang nak sakau sbb takde monitoring dari center cam ICU etc
Quote Orix 24-8-2022 05:48 PM
Perjuangan taik kuceng. kalo bukan sbb kau tag team dgan atok xde nya la kau berjuang sgat pun. lepas kau kena sack dari TPM pun kau diam jah... atok jugak yg gigih merempan sana sini psal salah laku najib smpai la skrg....
Quote green~tea 24-8-2022 05:49 PM
pocongkiutss replied at 24-8-2022 05:22 PM
Kes bini org?? abahkau ada kes dgn bini org ke?

Mcm too tenat je layan cancer sebelum ni...

Takkan la heols ada daya kekuatan nak scandal betina kot
Quote tikusmontok 24-8-2022 06:20 PM
cmf_premierleag replied at 24-8-2022 03:54 PM
Eleh perasan nya wak yidin ni
Yg start bongkar psl 1MDB ni Tony Pua DAP ya
Tua kutuk tak sedar diri. ...

Doa dia masa musim covid byk menitiskan airmata hacik2 hokayy


Quote cmf_premierleag 24-8-2022 06:39 PM
tikusmontok replied at 24-8-2022 06:20 PM
Doa dia masa musim covid byk menitiskan airmata hacik2 hokayy

piyem yg plg banyak berdoa depan tv ms kobid
acik2 kurang kasih sayang la duk abah ke hulu abah ke hilir dgn din pagoj ni.......jijikkksss

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.102255 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top