CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulut Ternganga Berbuih Angkara Sakit Gigi

24-8-2022 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1061| Komen: 2

Seorang lelaki di Sulawesi Selatan maut akibat mengambil dos ubat berlebihan gara-gara mahu menghilangkan sakit gigi yang dialami selama tiga hari. 

Lapor Kompas.com, Azwar Maulana, 29, ditemukan dalam keadaan mulut berbuih di bilik air rumahnya di Dusun Nirannuang, Desa Pakatto. 


Ahli keluarga enggan proses bedah siasat dijalankan terhadap mangsa di wilayah Gowa, Sulawesi Selatan.-KOMPAS

Ahli keluarga mangsa, Sunarti berkata, pada mulanya, mereka berasa curiga dengan mangsa yang tidak keluar selepas 30 minit di dalam bilik air.  

“Kami terpaksa pecahkan pintu kerana panggilan tidak bersahut. Kami terkejut melihat mulutnya ternganga dengan dipenuhi buih dan dia terbaring atas lantai,” katanya.  

Dalam pada itu, Ketua Polis Bontomarannu, Hafit Yudin berkata, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian membawa mayat mangsa untuk dibedah siasat dan merampas beberapa ubat dalam bentuk tablet dan serbuk untuk dianalisis. 

“Setakat ini, kita tidak boleh membuat kesimpulan sama ada mangsa terlebih dos atau sengaja minum racun, walaupun ketika ditemukan mulutnya dalam keadaan berbuih,” jelasnya. 

Menurut Hafit, pihak keluarga menuntut mayat mangsa dibawa ke kampung halaman di Kampung Benteng Sawitti untuk dikebumikan selepas enggan dibedah siasat. 

“Pihak keluarga enggan menjalankan autopsi, jadi kita tidak dapat menentukan punca kematian sebenar lelaki itu,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-8-2022 01:38 PM
Sunarti..nama.mcm.cleaner ex opis iols je..
Entah mana acik tu..balik.indon dah ke..
Quote sue_liah 24-8-2022 02:26 PM
ramai yg takut jumpa doc gigi kalau sakti gigi
ni memang x tahan sakit sampai mkn pil untuk bunun diri ke apa dr jumpa doc

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.029160 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top