CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bogel Masuk Rumah Orang, "Saya Nak Raya"

24-8-2022 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1666| Komen: 7

REMBAU – Tindakan seorang lelaki yang datang beraya dalam keadaan bogel me­ngundang padah apabila dia didenda RM3,500 atas pertuduhan menceroboh rumah penduduk lain di Mahkamah Majistret Rembau di sini.


Mohd. Effandi Abdul Rhasid, 36, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda tersebut.


Gambar Hiasan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah sengaja menceroboh ke dalam rumah penduduk pada pukul 8.30 pagi di Kampung Minching Baru di sini Mei lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pe­ngadu telah keluar rumah untuk ke surau pada pukul 6.15 pagi dengan membiarkan pintu utama tidak berkunci.

Selepas solat subuh, pengadu telah pulang dan dimaklumkan oleh anaknya terdapat seorang lelaki tidak dikenali berada di dalam bilik pengadu dalam kea­daan bogel.

Pengadu kemudian telah bertanya kepada lelaki tersebut mengapa masuk ke dalam bilik­nya dan lelaki itu menjawab ‘nak jalan raya’.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 24-8-2022 04:34 PM
Beraya apa ke bendanya.. Kalau rakyat Malaysia tulen, ngam-ngam la beraya pada 31 Ogos dan 16 September..
Quote Firenzza 24-8-2022 07:27 PM
Pengadu tu laki2 ka pompuan? Byk plk duit tertuduh byr denda?
Quote sukacactus 24-8-2022 07:55 PM
Sorry la aku tergelak baca tajuk
Tp kalau jadi kat aku mmg sereemmm weh!
Quote matchstick 24-8-2022 09:49 PM
Tempah baju raya tak sempat siap ke
Nekad betul pegi Raya berbogel
Quote intan244 24-8-2022 11:00 PM
mental tu..
Quote Skuau 24-8-2022 11:42 PM
Ini bukan nak raya ni...ini antu raya dh ni...
Quote rosedemon 25-8-2022 09:56 AM
mental la ni. tak leh gelakkan dia mmg nak raya tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062296 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top