Kuala Lumpur: Jabatan Penjara Malaysia menafikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerima layanan istimewa di penjara.
Jabatan itu melalui muat naiknya di Facebook meminta penyebaran maklumat palsu berhubung kemudahan penjara untuk orang kenamaan (VIP) dihentikan. Selain itu, jabatan terbabit juga melabelkan siaran gambar yang kononnya adalah sel bagi VIP dengan kemudahan selesa adalah palsu. "Hentikan penyebaran maklumat palsu," katanya. Terdahulu, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar sebuah bilik yang mewah dengan mendakwa ia adalah penjara untuk VIP.
Pengguna Facebook itu mendakwa sel bagi VIP diberikan kemudahan televisyen, internet, buku, penghawa dingin, katil dan tilam. Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Susulan itu, Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan. Sosial media kemudiannya dibanjiri dengan komen daripada warganet yang bersimpati dengan nasib bekas perdana menteri itu selain kemungkinan beliau menerima layanan istimewa di penjara. -CARI Sumber: Harian Metro
|
sharlenetexas replied at 24-8-2022 04:42 PM
Makan apa hari ni?
dua_chzy replied at 24-8-2022 05:03 PM
Musang Aman tu kalau masuk penjara pon sah2 dapat layanan VVIP padehal nan hado.
ADVERTISEMENT