CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Masuk Parit Ketika Larikan Motosikal Curi

24-8-2022 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1001| Komen: 1

Seorang wanita di Riau, Indonesia nekad mencuri sebuah motosikal dari kedai pengedar motosikal terpakai, namun drama kecurian itu berakhir dengan dia jatuh ke dalam sebuah parit, lapor laman berita Suara.com.


Video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri.


Wanita itu dikatakan jatuh ke dalam parit bersama motosikal dicurinya. - Instagram


Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu memaparkan kejadian yang berlaku pada Ahad lalu. 

Wanita itu melangkah masuk ke dalam premis seorang diri menuju ke deretan motosikal. Dia segera menghampiri sebuah motosikal lalu mencurinya dalam masa hanya beberapa saat.

Selepas sejam, akaun Instagram itu memuat naik satu video lain memaparkan wanita berkenaan terjatuh di dalam parit bersama motosikal tersebut.

Wanita itu memakai pakaian yang sama, manakala rambut dan bajunya kelihatan basah dan kotor.

Motosikal tersebut terbaring di dalam parit berhampiran ladang sawit. Dua lelaki kelihatan cuba mengangkatnya.



Kejadian tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebelum masuk penjara, masuk parit dulu,” komen seorang netizen. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-8-2022 04:26 PM
Tanter baru lepas hisap bong

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036284 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top