Demi menjayakan watak seorang paderi dalam filem terbaharu berjudul Silence, pelakon Andrew Garfield mendedahkan dia berpuasa selama enam bulan.
Bukan hanya menjaga pemakanan, Garfield juga tidak melakukan hubungan seks sepanjang tempoh tersebut. "Saya banyak melakukan amalan spiritual sepanjang hari. Saya mencipta satu amalan baharu iaitu 'membujang' enam bulan dan berpuasa. "Ia satu tempoh yang sangat menarik. Saya melalui pengalaman liar ketika menahan diri dari melakukan hubungan seks dan berpuasa," katanya.
Dalam masa sama pelakon filem The Amazing Spider Man itu juga turut mendapatkan latihan bersama penulis asal cerita tersebut iaitu James Martin. Sementara itu, Garfield juga turut berkongsi pandangan tentang terma pelakon 'method' yang sering disalah anggap sesetengah pihak. "Pelakon method sering disalah anggap. Kami berlakon seperti biasa tanpa perlu nak berlagak di set penggambaran. "Ia sebenarnya bersikap jujur terhadap sesuatu watak dan boleh melepaskan semua karakter itu apabila tidak lagi berlakon," jelasnya. Sumber: mStar
|
lasagna replied at 26-8-2022 10:23 AM
fuyoooo abam andrew pose smp 6 bulan ooo, org islam pun pose sebulan jer sempena ramadhan. sungguh2 ...
delia3003 replied at 26-8-2022 10:19 PM
Bukan kita tau method 'puasa' dia macam mana dan berapa jam puasa 1 hari. Ada style 'puasa' boleh ...
ADVERTISEMENT