CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keadaan Terkini Ustaz Kazim- Pakai Topi Tutup Seluruh Muka Ketika Beri Ceramah

24-8-2022 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1869| Komen: 5

Tular di media sosial mengenai keadaan Datuk Mohd Kazim Elias mengenakan pakaian bertopi dan menutup hampir seluruh mukanya pada sesi ceramahnya di Facebook miliknya.


Penampilan itu telah menarik ramai perhatian sehingga ramai meluahkan kerisauan dan sedih dengan keadaan yang dialaminya. 

Ramai juga yang menitipkan doa agar penceramah bebas itu kembali pulih seperti sedia kala.

Dalam ceramahnya, Ustaz Kazim memberitahu dia telah membeli tiga pasang topi yang bercorak sama supaya dapat dipakai pada sesi ceramah rutinnya di platform Facebook.



Bagaimanapun, Ustaz Kazim enggan mendedahan penyakit sebenar yang dihadapinya namun hanya boleh meluahkan kesyukuran.

“Keadaan saya sekarang ini, saya tak boleh jawab di media, saya kena diam sahaja. Kalau orang tanya, saya jawab ‘Alhamdulillah'.Jangan terkejut, saya kena pakai atas arahan doktor

Difahamkan ketika ini dia sedang menjalani rawatan dan dinasihatkan oleh doktor untuk tidak mendedahkan secara terus mana-mana anggota tubuhnya pada pancaran matahari.


Loading FB Post...

“Saya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh badan. Jadi, mulai malam ini (semalam), saya harap semua tak terkejut saya pakai macam ni.Ia untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh badan saya buat sementara waktu berpakaian seperti ini. Saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu,”ujarnya.

Ustaz Kazim mengatakan dia sedang sedaya upaya mahu mengembalikan kulitnya seperti sediakala dan tubuh kembali sihat.

“Kalau perhati betul-betul, wajah saya dalam siaran langsung nampak perbezaan ketara antara sekarang dengan beberapa bulan lepas.

“Jadi, dengan izin Allah saya sedang sedaya upaya mahu kulit kembali elok dan tubuh kembali sihat. Ini yang rawatan saya sedang jalani sekarang ini,”dedah Ustaz Kazim mengenai keadaannya.

Terdahulu, penceramah tersohor itu berkongsi secara terbuka mengenai penyakit misteri yang dialaminya sejak lebih lapan bulan lalu sehingga menyebabkan luka diseluruh badan termasuk muka.

Malah, beliau turut mendedahkan terpaksa memakai solekan tebal demi menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-8-2022 12:19 PM
Moga DUKE kembali sihat seperti sediakala. AAmin
Mohon acik2 mengencap DUKE sepatah dua kata bagi menambah dosa silakan....
Quote Thunderclouds 24-8-2022 12:53 PM
Ntah brapa kali laaa nk recycle tered yg sama. Lemah!
Quote bulalof 24-8-2022 01:10 PM
ke kena penyakit auto immune?
Quote azimodin 24-8-2022 02:25 PM
Anggap je la saki penghapus dosa

Apa khabar anak dia yg tetttt tu?
Quote rosedemon 25-8-2022 09:54 AM
sian semoga cepat sembuh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.031202 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top